Sesetengah orang memandang sinis kepada jiran mereka yang menggantungkan lampu Krismas dan memainkan muzik Krismas beberapa minggu sebelum hari Krismas. Namun satu kajian saintifik mendapati bahawa mereka yang menghias lebih awal sebenarnya menyampaikan rasa mesra dan semangat komuniti. Hiasan sering membangkitkan kenangan masa kecil dan menyalurkan kebahagiaan pada waktu yang penuh tekanan. Hiasan ini bukan sahaja menceriakan rumah; ia juga mengangkat seluruh komuniti.
Sukacita bersama ini mengingatkan kita kepada kisah ahli ilmu bintang dalam Matius 2, yang mengembara jauh dari Timur. Mereka tiba di Yerusalem dan bertanya, “ Di manakah Anak yang baru lahir, yang akan menjadi Raja orang Yahudi? Kami melihat bintang-Nya muncul di Timur, dan kami datang hendak menyembah-Nya” (ayat 2). Kemungkinan besar ahli ilmu bintang ialah orang bukan Yahudi yang berkedudukan tinggi dan berasal dari Parthia, suatu tempat yang terletak di timur laut Babylon, yang diberi wahyu khas oleh Tuhan. Perjalanan mereka didorong oleh harapan untuk bertemu dengan sang raja, yang kelahirannya akan membawa harapan dan sukacita yang mengubah dunia. Bintang itu berfungsi sebagai suara, membimbing mereka dan melambangkan era baharu dalam sejarah manusia: ketibaan Penyelamat dunia. Apabila mereka melihat Yesus, mereka pun “sujud menyembah” (ayat 11).
Pada Krismas ini, semoga hiasan kita mencerminkan sukacita akan kelahiran Kristus. Seperti bintang yang memimpin ahli kaji bintang, rumah dan hidup kita dapat menunjukkan kepada orang mengenai Cahaya Dunia yang sebenar, iaitu Yesus.
bawa kepada anda?
harapan dan sukacita-Mu pada Krismas ini.
ILHAM
Pada hari Natal, rumah dan kehidupan kita dapat mengarahkan orang lain kepada Cahaya Dunia yang sejati.
Ahli ilmu bintang “melihat bintang [Mesias] muncul” (Matius 2:2). Kemudian, bintang itu “mendahului mereka” (ayat 9) dan membimbing mereka ke tempat Yesus berada (11). Setelah pencarian mereka berakhir, mereka “sungguh gembira” (ayat 10) kerana telah menemukan Raja yang baharu. Mereka kemudian “sujud menyembah Anak itu” dan “mempersembahkan emas, dupa dan mir” (ayat 11).
Sebagaimana bintang itu membimbing ahli ilmu bintang untuk menyembah Mesias, semoga kegembiraan Kristus yang terpancar dalam hidup kita pada hari Natal ini turut mengarahkan orang lain kepada-Nya.
