Kejahatan yang aku lakukan selama tiga puluh tahun telah menyebabkan saya berada di titik ini, fikir Sam. Keluarga yang pecah belah, reputasi pun buruk, tiada wang dan kesihatan pula terjejas. Dia memandang ke luar tingkap gereja, tempat yang dia menerima kaunseling. Tubuh kering pohon yang kian mati dan dahan-dahannya yang kurus kering seolah-olah mengejeknya. Saya rasa diri ini seperti pokok itu, ratap Sam. Saya tidak mempunyai apa-apa lagi.
Seorang petani yang hidup di Yehuda dalam kitab Yoel mungkin juga pernah berfikir sesuatu yang serupa. Serangan belalang yang tidak pernah berlaku sebelum ini telah menyebabkan “ladang-ladang … musnah, tanah … berkabung; gandum … musnah” (1:10); dan “semua pokok di padang … [telah] layu” (ayat 12). Tiada apa-apa lagi yang tinggal. “Sungguh, kegirangan [telah] layu daripada kalangan anak manusia” (ayat 12), kata nabi Yoel.
Dalam penderitaan mereka, bangsa itu kembali kepada Tuhan dan berseru kepada-Nya untuk meminta pertolongan (ayat 19). Tuhan ingin menerima mereka, memberitahu mereka tentang keperluan mereka untuk bertaubat: “Kembalilah kepada-Ku dengan seluruh hatimu” (2:12). Melalui Yoel, Dia mengingatkan mereka tentang rahmat, belas kasihan, dan kasih-Nya (ayat 13).
Beberapa waktu kemudian, ketika berjalan di taman gereja, Sam melihat pokok itu lagi. Kali ini, dia nampak tunas-tunas daun kecil mulai tumbuh. Pemandangan itu mengingatkannya bagaimana Tuhan telah menolong hidupnya. Apabila kita rasa “tidak mempunyai apa-apa lagi”—sama ada kerana dosa kita atau penderitaan yang disebabkan oleh dunia yang telah jatuh—marilah kita datang kepada Tuhan. Dia berjanji bahawa Dia akan sentiasa menyertai kita.
dan melangkah maju kembali?
dalam iman dan hati yang bertaubat.
ILHAM
Apabila kita berasa seolah-olah “tiada harapan lagi,” kita masih boleh datang kepada Tuhan dalam pertaubatan dan iman. Dia akan memulihkan kita dan memberikan harapan.
Kitab Yo’el mengandungi seruan yang menyentuh hati agar seluruh masyarakat kembali kepada Tuhan dengan penuh penyesalan selepas bencana serangan belalang yang dahsyat melanda negeri mereka (1:4). Yo’el menyeru “seluruh penduduk negeri” supaya “berserulah kepada TUHAN” (ayat 14). Tidak seperti kitab-kitab nubuat yang lain, Yo’el tidak menuduh bangsa Israel melakukan dosa tertentu—mungkin para pembacanya sudah mengetahui dosa-dosa bangsa itu, atau mungkin Yo’el tidak mahu mengaitkan bencana tersebut dengan satu punca dosa yang khusus. Walau bagaimanapun, bangsa Israel digesa untuk bertaubat dengan sepenuh hati dan kembali kepada Tuhan (2:12). Belas kasihan Tuhan yang melimpah-limpah serta janji pemulihan-Nya juga tersedia bagi kita pada hari ini. Kedua-duanya menjadi sumber harapan dan kekuatan untuk kita bertahan, bahkan ketika berhadapan dengan kemusnahan (ayat 13-14, 18-19, 22-23).
