Satu butiran dalam cerita Easter sering menarik minat saya. Mengapakah Yesus mengekalkan parut-parut selepas kebangkitan-Nya? Mungkin Dia boleh bangkit dengan mana-mana satu badan yang diinginkan-Nya, tetapi Dia memilih satu badan yang mudah dikenali oleh parut-parut yang dapat dilihat dan disentuh. Mengapa?
Saya mempercayai cerita Easter ini akan menjadi tidak lengkap jika tiada parut-parut pada tangan, kaki dan rusuk Yesus (Yohanes 20:27). Manusia menginginkan gigi yang tersusun rapi dan putih, kulit yang tidak berkedut serta bentuk badan yang cantik. Kita menginginkan keadaan yang tidak semula jadi: badan yang sempurna. Namun bagi Yesus, terkurung dalam rangka dan kulit badan adalah tidak semula jadi. Parut-parut merupakan peringatan abadi tentang masa Dia dikurung dan menderita di planet kita.
Daripada perspektif syurga, parut-parut itu melambangkan perkara yang paling teruk dalam sejarah di alam semesta. Walau bagaimanapun, perkara ini sudah menjadi satu kenangan. Kerana Easter, kita berharap bahawa air mata yang telah kita titiskan, pergelutan yang kita tanggung, kesakitan emosi, kehancuran hati akibat kehilangan kawan dan orang yang dikasihi—kesemua ini menjadi kenangan, seperti parut-parut Yesus. Parut-parut Yesus tidak akan lenyap sepenuhnya, tetapi rasa sakit itu sudah hilang. Suatu hari nanti, kita akan mempunyai badan yang diciptakan semula serta langit dan bumi yang baru (Wahyu 21:4). Kita akan mempunyai permulaan yang baru, bermula dengan Easter. —Philip Yancey
sekarang dan kekekalan. Hari ini aku menaruhkan kepercayaan kepada-Mu.
Kembali ke laman “Pengorbanan Teragung”
Rancangan Pembacaan seterusnya: Easter Setiap Hari
1|2|3|4|5