Pandang dan Senyaplah


Bacaan Alkitab: Lukas 23:44-49
Ayat Kunci:… Pandanglah dan lihatlah! Adakah derita seperti derita yang ditimpakan kepadaku … ?
—Ratapan 1:12
Seorang penggubah berbangsa Mexico, Rubén Sotelo menghuraikan keadaan Yesus pada kayu salib dalam sebuah lagu yang bertajuk “Pandanglah Dia”. Lirik lagu itu mengajak kita memandang Yesus dengan senyap, kerana kasih Yesus yang telah ditunjukkan-Nya pada kayu salib sungguh tidak terkata. Dengan iman, kita boleh membayangkan babak-babak yang tertulis dalam kitab-kitab Injil. Kita boleh membayangkan kayu salib dan darah, paku dan kesakitan-Nya.

Apabila Yesus menghembuskan nafas terakhir, orang ramai “yang telah berkumpul untuk menyaksikan peristiwa itu, pulang menebah dada mereka” (Lukas 23:48). Yang lain “berdiri dari jauh untuk menyaksikan segala perkara ini” (ayat 49). Mereka memandang dan hanya terdiam. Seorang sahaja yang berkata, iaitu ketua tentera, “Sesungguhnya, orang ini orang yang benar” (ayat 47).

Lagu-lagu dan puisi telah dihasilkan untuk menggambarkan kasih yang besar ini. Banyak tahun yang lalu, Yeremia telah menulis tentang penderitaan Yerusalem selepas keruntuhannya. “Hai kamu semua yang lalu-lalang, tidakkah kamu peduli?” (Ratapan 1:12). Dia meminta orang memandang dan melihat, kerana dia berfikir bahawa tiada penderitaan yang lebih besar daripada penderitaan yang ditimpakan Yerusalem. Bagaimanapun, adakah sesuatu penderitaan yang lebih dahsyat daripada penderitaan Yesus?

Setiap kita melalui jalan yang menuju ke kayu salib. Adakah kita sudi memandang dan merenungi kasih-Nya? Pada Hari Easter ini, marilah kita mengambil masa untuk merenungkan kematian Yesus kerana kita tahu bahawa kata-kata dan puisi sahaja tidak cukup untuk mengungkapkan perasaan syukur kita dan menghuraikan kasih Tuhan. Dalam segala kesenyapan hati kita, semoga kita berbisik kepada Dia mengenai pengabdian kita yang terdalam. —Keila Ochoa

Yesus yang dikasihi,
tatkala aku memandang salib-Mu,
lidah aku menjadi kelu untuk menyatakan
kesyukuran atas pengorbanan-Mu yang sempurna. Namun aku tetap bersyukur kerana kasih-Mu.

Pandanglah kayu salib-Nya dan menyembah Yesus.

Oleh: Keila Ochoa | Lihat Penulis Lain

Kembali ke laman “Pengorbanan Teragung”
Rancangan Pembacaan seterusnya: Bermula Dengan Easter
1|2|3|4|5