Pada setiap tahun untuk beberapa minggu di sekitar musim perayaan Krismas, tempat tumpuan pelancong di Orchard Road, Singapura akan diubah untuk menjadi sebuah tempat menarik yang berhiaskan lampu berwarna-warni. Lampu-lampu yang dinyalakan direka demi menarik perhatian para pelancong, supaya mereka membelanjakan wang di banyak tempat membeli-belah, di sepanjang jalan selama “bulan emas perniagaan” itu berlangsung. Para pembeli datang untuk menikmati perayaan, mendengar koir lagu-lagu Krismas yang biasa dinyanyikan, dan menonton persembahan.
“Hiasan lampu” Krismas yang pertama kali tidak tercipta daripada kabel elektrik, kilauan, dan lampu-lampu neon, tetapi ia tercipta daripada pemancaran “cahaya kemuliaan Tuhan” (Lukas 2:9). Tiada pelancong yang menyaksikannya, hanya beberapa orang gembala yang berada di padang pada waktu itu. Ia disertai oleh sepasukan besar malaikat syurga yang menaikkan pujian kepada Tuhan dengan tidak disangka-sangka: “Termulialah Allah di langit yang tertinggi” (ayat 14).
Para gembala itu pergi ke Betlehem untuk membuktikan sama ada apa yang dikatakan oleh malaikat itu benar (ayat 15). Selepas mereka mengesahkannya, mereka tidak dapat berdiam sahaja dengan apa yang telah didengar dan dilihat. “Apabila para gembala melihat bayi itu, mereka memberitahu semua orang di situ apa dikatakan oleh malaikat tentang bayi itu” (ayat 17).
Kebanyakan kita sudah sering kali mendengar kisah tentang Krismas. Pada musim Krismas ini, marilah kita berkongsi berita baik ini dengan orang lain, bahawa Kristus adalah “cahaya bagi dunia” yang telah datang (Yohanes 8:12).
kehadiran dan kebaikan-Mu kepada orang lain
pada musim Krismas ini.