Penulis

Lihat semua
C. P. Hia

C. P. Hia

Hia Chek Phang memberikan sudut pandangan yang istimewa kepada Our Daily Bread. Dia dan isterinya, Lin Choo tinggal di Singapura. Chek Phang percaya kepada Yesus Kristus pada usia 13 tahun. Semasa dia orang baru percaya, dia berpeluang belajar daripada guru-guru Alkitab yang baik dan memupuk kasih akan firman Tuhan kepadanya. Kini dia melayani di pejabat Singapura sebagai Pembantu Khas bagi presiden Our Daily Bread Ministries. Dia dan isterinya suka melancong dan jalan-jalan. Anak lelaki, menantu, cucu lelaki dan cucu perempuan Chek Phang juga tinggal di Singapura.

Artikel oleh C. P. Hia

Lebih Kuat Daripada Semua

Air terjun Iguazu yang terletak di sempadan Brazil dan Argentina, adalah sistem air terjun yang menakjubkan dan terdiri daripada 275 air terjun yang terletak di Sungai Iguazu sepanjang 2.7 km (1.67 batu). Goresan pada dinding air terjun di sebelah Brazil adalah dipetik daripada Mazmur 93:4, “TUHAN yang tinggi di atas segala-galanya, lebih berkuasa daripada deru perairan yang luas—daripada gelombang laut yang hebat.”

Cahaya Krismas

Pada usia 59 tahun, kawan saya Bob Boardman menulis, “Jika 70 tahun jangka hayat biasa dimuatkan dalam 24 jam sehari, hidup saya kini menunjuk waktu 8:30 malam. … Masa semakin berlalu dengan begitu cepat.”

Bersinar Terang Dalam Kegelapan

Pada tahun 1989, Vaclav Havel telah dinaikkan daripada kedudukannya sebagai seorang tahanan politik kepada presiden pertama yang dipilih di Czechoslovakia, Eropah Tengah. Beberapa tahun kemudian pada hari pengebumiannya di Prague pada tahun 2011, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Madeleine Albright, yang juga dilahirkan di Prague, menyifatkan dia sebagai seorang yang telah “membawa cahaya ke tempat-tempat yang sangat gelap.”

Ladam Kuda Yang Salah

Kegagalan Napoleon di Rusia pada 200 tahun yang lepas berpunca daripada musim sejuk Rusia yang teruk. Satu masalah spesifik adalah kuda-kudanya memakai ladam yang sesuai untuk musim panas. Sewaktu musim sejuk, kuda-kuda ini mati kerana tergelincir di atas jalan-jalan yang dilitupi ais apabila kuda-kuda ini menarik wagon bekalan. Kerosakan bekalan telah menyebabkan Nepoleon mengurangkan 400,000 askarnya yang kuat kepada 10,000 orang. Kejatuhan yang kecil; satu akibat yang dahsyat!

Tiada Kerisauan

Satu penerbangan yang baik dan selesa mula menjadi menakutkan. Ketika minuman sedang diedar, kepten memberi amaran agar para penumpang memastikan tali pinggang mereka dipasang. Kemudian pesawat itu terloncat-loncat serta berbunyi seperti kapal laut yang berada di tengah lautan bergelora. Sementara penumpang lain sedang berusaha sebaik mungkin untuk menghadapi situasi itu, seorang budak perempuan duduk dengan begitu tenang sambil membaca buku. Setelah kapal itu mendarat, budak ini ditanya sebab dia begitu tenang menghadapi keadaan tersebut. Dia menjawab, “Juruterbang pesawat itu ialah bapa saya dan dia akan membawa saya pulang.”

Ruang Peribadi Saya

Seorang siswazah yang telah menamatkan pengajian reka bentuk dalam perindustrian di universiti Singapura dicabar dalam satu bengkel. Dia harus memikirkan satu penyelesaian yang baharu bagi masalah yang biasa kita hadapi dengan menggunakan alat-alat yang sederhana. Maka dia mencipta sejenis rompi untuk melindungi ruang peribadi seseorang daripada diganggu apabila menaiki kereta api dan bas yang sesak. Rompi ini yang dilitupi dengan pepaku plastik yang panjang dan mudah lentur, malah biasanya digunakan untuk menghalau burung dan kucing daripada tanaman.

Mengucapkan Selamat Tinggal

Mengucapkan selamat tinggal adalah susah—baik kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, tempat yang anda gemar dan amat kenali, ataupun terhadap satu pekerjaan atau kehidupan.

Seperti Menembak Seekor Lalat

Kepakaran Macarena Valdes dalam melakarkan peta lombong di bawah tanah telah banyak membantu dalam misi menyelamat 33 orang pelombong Chile yang terperangkap selepas satu letupan tercetus pada bulan Oktober 2010. Usaha menggerudi untuk mencari lokasi tepat para pelombong tersebut yang terperangkap adalah seperti “menembak seekor lalat dari jarak 700 meter,” dia berkata. Dengan pengalamannya dalam pelombongan, Valdes berjaya memimpin gerudi tersebut pergi ke lokasi pelombong itu ditimbus, lalu menyelamatkan mereka keluar secara dramatik.

Jagalah Fokus Anda

Itulah murid saya,” Saya pernah mendengar seorang wanita mengatakan tentang seseorang yang ditolongnya. Sebagai pengikut Kristus, kita ditugaskan untuk memuridkan orang supaya menjadi pengikut Tuhan—berkongsi berita baik Kristus dengan orang ramai dan membantu mereka bertumbuh secara rohani. Tetapi ia lebih mudah memberi tumpuan kepada diri sendiri dan bukannya Yesus.