Pada tahun 1989, Vaclav Havel telah dinaikkan daripada kedudukannya sebagai seorang tahanan politik kepada presiden pertama yang dipilih di Czechoslovakia, Eropah Tengah. Beberapa tahun kemudian pada hari pengebumiannya di Prague pada tahun 2011, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Madeleine Albright, yang juga dilahirkan di Prague, menyifatkan dia sebagai seorang yang telah “membawa cahaya ke tempat-tempat yang sangat gelap.”

Cahaya yang diperkenalkan oleh Havel dalam arena politik di Czechoslovakia (dan kemudian Republik Czech), Tuhan Yesus pula menjadi cahaya bagi seluruh dunia. Tuhan mewujudkan cahaya ketika Dia menciptakan cahaya bersinar dalam kegelapan sejak pada mulanya (Yohanes 1:2-3 bandingkan Kejadian 1:2-3). Kemudian, dengan kelahiran-Nya, Dia membawa cahaya ke arena rohani. Yesus adalah hidup dan cahaya yang tidak dapat dipadamkan oleh kegelapan (Yohanes 1:5).

Yohanes Pembaptis datang dari padang gurun untuk menjadi saksi untuk Yesus, cahaya dunia ini. Kita boleh melakukan perkara yang sama pada hari ini. Sesungguhnya inilah perintah Yesus yang kita patut lakukan: “Hendaklah cahaya kamu juga bersinar di hadapan orang, supaya mereka melihat perbuatan kamu yang baik, lalu memuji Bapa kamu yang di syurga” (Matius 5:16).

Di dunia kita hari ini—ketika yang baik sering dianggap tidak baik dan buruk dilihat sebagai baik, apabila kebenaran dan kesalahan diputarbalikkan—orang mencari arah dalam kehidupan. Semoga kita menjadi orang yang menyinarkan cahaya Kristus di dunia kita.