Satu penerbangan yang baik dan selesa mula menjadi menakutkan. Ketika minuman sedang diedar, kepten memberi amaran agar para penumpang memastikan tali pinggang mereka dipasang. Kemudian pesawat itu terloncat-loncat serta berbunyi seperti kapal laut yang berada di tengah lautan bergelora. Sementara penumpang lain sedang berusaha sebaik mungkin untuk menghadapi situasi itu, seorang budak perempuan duduk dengan begitu tenang sambil membaca buku. Setelah kapal itu mendarat, budak ini ditanya sebab dia begitu tenang menghadapi keadaan tersebut. Dia menjawab, “Juruterbang pesawat itu ialah bapa saya dan dia akan membawa saya pulang.”

Walaupun para pengikut Yesus merupakan nelayan yang berpengalaman, mereka sangat takut semasa ribut melanda dan hampir menenggelamkan bot mereka. Mereka sudah mengikut perintah Yesus. Mengapa ribut masih berlaku? (Markus 4:35-38). Yesus ada bersama dengan mereka dalam bot itu tetapi Dia tidur di bahagian belakang bot. Apa yang mereka pelajari pada hari itu adalah walaupun kita mengikut perintah Tuhan, itu tidak bermakna bahawa ribut tidak akan melanda kehidupan kita. Namun, kerana Tuhan menyertai mereka, mereka juga belajar bahawa ribut tidak dapat menghalang kita tiba di tempat yang Tuhan ingin kita pergi (5:1).

Sama ada ribut yang kita hadapi pada hari ini ialah kesan daripada kemalangan tragis, kehilangan pekerjaan, ataupun pengujian yang lain, kita boleh yakin bahawa kita tidak kehilangan segalanya. Juruterbang kita pasti dapat menangani ribut itu. Dia akan memastikan kita pulang.