Seorang siswazah yang telah menamatkan pengajian reka bentuk dalam perindustrian di universiti Singapura dicabar dalam satu bengkel. Dia harus memikirkan satu penyelesaian yang baharu bagi masalah yang biasa kita hadapi dengan menggunakan alat-alat yang sederhana. Maka dia mencipta sejenis rompi untuk melindungi ruang peribadi seseorang daripada diganggu apabila menaiki kereta api dan bas yang sesak. Rompi ini yang dilitupi dengan pepaku plastik yang panjang dan mudah lentur, malah biasanya digunakan untuk menghalau burung dan kucing daripada tanaman.

Yesus memahami rasanya kehilangan ruang peribadi yang disebabkan oleh kekecohan orang ramai yang ingin melihat dan menyentuh Dia. Seorang wanita yang menderita penyakit pendarahan selama 12 tahun dan tiada seorang pun dapat menyembuhkannya telah menyentuh hujung jubah Yesus. Dengan segera pendarahannya berhenti (Lukas 8:43-44).

Sebenarnya pertanyaan Yesus, “Siapa menyentuh Aku?” (ayat 45) tidak berbunyi aneh. Dia tahu kerana kuasa telah keluar daripada-Nya (ayat 46). Sentuhan itu adalah berbeza daripada mereka yang hanya menyentuh Dia dengan tidak sengaja.

Kita mesti mengakui kadangkala kita ingin mempunyai ruang dan masa bersendirian, satu-satunya langkah yang kita boleh ambil untuk membantu dunia yang penuh dengan orang yang disakiti adalah membantu mereka semakin mendekati dorongan, penghiburan, dan rahmat Kristus melalui kita.