Apabila malaikat Gabriel datang kepada Maria, kemudian muncul di hadapan para gembala domba dengan membawa berita baik untuk dunia (Lukas 1:26-27; 2:10), adakah berita ini baik untuk gadis remaja ini? Mungkinkah Maria berfikir: Bagaimanakah saya akan menjelaskan kehamilan ini kepada keluarga saya? Adakah tunang saya Yusuf akan membatalkan pertunangan kami? Apakah yang akan diperkatakan oleh orang di pekan saya? Walaupun nyawa saya terselamat, bagaimanakah saya akan hidup sebagai seorang ibu tunggal?
Apabila Yusuf mengetahui keadaan Maria, dia agak runsing. Dia mempunyai tiga pilihan. Teruskan perkahwinan, menceraikan Maria di khalayak umum lalu membiarkan dia dikecam orang awam, atau membatalkan pertunangan mereka secara diam-diam. Yusuf memilih pilihan ketiga, tetapi Tuhan campur tangan. Tuhan memberitahu Yusuf melalui mimpi, “Janganlah takut memperisteri Maria. Dia mengandung kerana kuasa Roh Allah” (Matius 1:20).
Untuk Maria dan Yusuf, Krismas bagi mereka bermula dengan berserah kepada Tuhan walaupun cabaran emosi menimpa mereka. Mereka mentaati Tuhan dan menunjukkan kepada kita janji yang terdapat dalam 1 Yohanes 2:5: “Tetapi sesiapa taat kepada firman-Nya, orang itu mengasihi Allah dengan sempurna. Itulah tandanya kita hidup bersatu dengan Allah.”
Semoga kasih Tuhan memenuhi hati kita pada musim Krismas—dan pada setiap hari—apabila kita berjalan bersama-Nya.
kerana hadiah kasih-Mu serta pengampunan
daripada anak-Mu, Yesus.
Kembali ke laman “Anugerah Terbesar”
Rancangan Pembacaan seterusnya: Harapan Yang Kekal
1|2|3|4|5