Kafe Rendezvous di London mempunyai cahaya lampu yang indah, sofa yang selesa, dan haruman kopi yang enak. Apa yang tidak kelihatan di tempat itu ialah harga. Pada mulanya perniagaan tersebut dimulakan oleh sebuah gereja setempat, dan setahun kemudian kafe itu pun berubah. Pengurus-pengurus kafe itu berasa bahawa Tuhan sedang memanggil mereka melakukan sesuatu yang lebih berpengaruh—membuat semua yang ada dalam menu itu percuma. Pada hari ini, anda boleh memesan secawan kopi, sekeping kek, ataupun sandwic tanpa sebarang bayaran. Malah tiada balang derma di situ. Semuanya di situ adalah hadiah.
Saya bertanya kepada pengurus di situ sebab mereka sangat bermurah hati. “Kami hanya cuba untuk memperlakukan orang lain seperti Tuhan memperlakukan kami,” katanya. “Tuhan tetap memberi kurnia kepada kita sama ada kita berterima kasih kepada-Nya atau tidak. Kemurahan hati-Nya melampaui imaginasi kita.”
Yesus mati untuk menyelamatkan kita daripada dosa-dosa kita dan mendamaikan kita dengan Tuhan. Dia bangkit dari kubur dan sekarang hidup. Oleh sebab itu, setiap perbuatan salah yang kita pernah lakukan boleh diampuni, dan kita boleh memperoleh hidup yang baharu pada hari ini (Efesus 2:1-5). Malahan, yang paling mengagumkan tentang hal ini adalah semuanya diberikan kepada kita secara percuma. Kita tidak dapat membeli hidup baharu yang ditawarkan oleh Yesus. Malah kita juga tidak mampu menderma menurut harga penebusan yang kita telah terima (ayat 8–9). Semuanya adalah hadiah.
Ketika saudara-saudara di Kafe Rendezvous menghidangkan kek dan kopi, mereka menunjukkan gambaran sekilas tentang kemurahan Tuhan. Anda dan saya ditawarkan hidup kekal secara percuma kerana Yesus sudah membayar bilnya.
yang suka boleh mengambil air hidup itu
dengan percuma. Wahyu 22:17
Kembali ke laman “Anugerah Terbesar”
Rancangan Pembacaan seterusnya: Cahaya Krismas
1|2|3|4|5