Penulis

Lihat semua
Anne Cetas

Anne Cetas

Anne Cetas menjadi pengikut Yesus pada penghujung masa remajanya. Ketika dia berumur 19 tahun, dia diberikan sebuah Our Daily Bread (Pedoman Harian) oleh kawannya supaya membantu dia tetap membaca Alkitab. Dia juga amat berminat membaca Siri Bimbingan yang mempunyai pelbagai topik. Beberapa tahun kemudian, dia menjadi salah seorang staf bahagian editor bagi Our Daily Bread sebagai pembaca pruf. Anne mula menulis buku renungan pada bulan September 2004 dan merupakan editor urusan bagi bahan ini. Anne dan suaminya, Carl suka berjalan sebagai senaman dan menunggang basikal bersama-sama, serta melayani sebagai pengajar dalam pelayanan kawasan bandar.

Artikel oleh Anne Cetas

Mangga Kunci Kasih

“M angga Kunci Kasih” merupakan satu fenomena yang semakin berkembang. Ribuan orang yang dilamun cinta mengunci mangga ini pada jambatan, pintu pagar, dan pagar di serata dunia, termasuk di Perancis, China, Austria, Republik Czech, Serbia, Sepanyol, Mexico, Ireland Utara. Pasangan-pasangan mengukir nama mereka di atas mangga tersebut lalu menguncinya di tempat awam untuk melambangkan kasih kekal mereka. Pihak berkuasa dari beberapa tempat yang tersebut itu tidak suka akan perbuatan mereka kerana bahaya yang boleh berlaku sekiranya terlalu banyak mangga dipasang. Sesetengah orang memandang hal ini sebagai perbuatan merosakkan harta benda awam, tetapi ada juga yang melihat perbuatan ini sebagai suatu kesenian cantik serta lambang akan kasih yang komited.

Hati Baik Tuhan

Roger telah melalui banyak penderitaan. Dia telah menjalani pembedahan jantung terbuka untuk membaiki satu injap bocor. Kemudian, dalam tempoh hanya beberapa minggu, doktor terpaksa melakukan pembedahan sekali lagi kerana komplikasi. Dia baru sahaja mula sembuh dengan terapi fizikal apabila dia mengalami kemalangan berbasikal dan tulang selangkanya patah. Ditambah pula, Roger juga mengalami kesedihan hati atas kematian ibunya pada masa ini. Dia menjadi amat tawar hati. Apabila seorang kawan bertanya sama ada dia telah melihat Tuhan bekerja dalam apapun cara yang kecil, dia mengakui bahawa dia benar-benar tidak merasakan hal itu.

Datanglah kepada-Ku

Apabila Yesus hidup di dunia ini, Dia mengundang orang datang kepada-Nya, dan Dia masih melakukannya pada hari ini (Yohanes 6:35). Apakah yang ada pada Yesus dan Bapa-Nya di syurga yang kita perlukan?

Domba Yang Hilang

Laura memuatkan seekor kambing dan domba yang dipinjam ke dalam treler untuk raptai pertunjukan tentang kelahiran Yesus Kristus di gereja. Haiwan itu menyondol dan mengejar satu sama lain kemudian duduk diam. Laura pun mula menuju ke gereja tetapi dia harus berhenti untuk mengisi minyak kereta terlebih dahulu.

Jangan Putus Asa

Memasak boleh menjadi kerja yang menjemukan apabila saya melakukannya tiga kali sehari, minggu demi minggu. Saya menjadi letih kerana saya perlu mengupas, memotong, menghiris, menggaul dan kemudian menunggu makanan dimasak, panggang atau direbus. Namun kita tidak pernah berasa bosan ketika makan! Sebenarnya makan adalah sesuatu yang kita betul-betul menikmati walaupun setiap hari kita berbuat perkara ini.

Di Manakah Kita Boleh Bersandar?

Ini upacara pengebumian yang indah!” Cindy berkata sementara kami berjalan keluar. Helen, kawan kami, telah meninggal dunia. Kawan demi kawan merayakan dia dengan berkongsi cerita tentang keperibadiannya yang selalu membawa keseronokan. Tetapi hidup Helen tidak selalu penuh dengan jenaka dan ketawa. Anak saudaranya berkongsi tentang imannya dalam Yesus dan keperihatinannya terhadap orang lain. Helen menyambut dia ke keluarganya ketika dia masih kecil dan menghadapi banyak pergelutan. Sekarang dalam usia dua puluhan, dia berkata mengenai mak ciknya, Helen, “Dia seperti seorang ibu bagi saya. Dia tidak pernah berputus asa dengan saya ketika saya dalam pergelutan. Saya yakin bahawa jika bukan dia, saya akan kehilangan iman saya.” Wau! Amat berpengaruh! Helen bersandar kepada Yesus dan mahu anak saudaranya juga percaya kepada Dia.

Anne Cetas

Anne Cetas menjadi pengikut Yesus pada penghujung masa remajanya. Ketika dia berumur 19 tahun, dia diberikan sebuah Our Daily Bread (Pedoman Harian) oleh kawannya supaya membantu dia tetap membaca Alkitab. Dia juga amat berminat membaca Siri Bimbingan yang mempunyai pelbagai topik. Beberapa tahun kemudian, dia menjadi salah seorang staf bahagian editor bagi Our Daily Bread sebagai pembaca pruf. Anne mula menulis buku renungan…

Terkejut Oleh Rahmat Tuhan

Seorang wanita dari Grand Rapids, Michigan tertidur di sofa selepas suaminya pergi tidur di bilik mereka. Seorang penceroboh menyusup ke rumahnya melalui pintu gelangsar yang lupa dikunci oleh suami isteri ini. Dia masuk ke bilik tidur suami itu yang sedang tidur lalu mengambil set televisyen. Suami itu terjaga dan ternampak susuk tubuh berdiri di sana, dan berbisik, “Sayang, marilah tidur.”…