Gunalah Saya
James Morris pernah digambarkan sebagai “orang percaya biasa yang buta huruf tetapi baik hati,” tetapi Tuhan menggunakan dia untuk memimpin Augustus Toplady percaya kepada keselamatan dalam Yesus Kristus. Toplady, iaitu penggubah bagi lagu pujian yang terkenal, “Batu Zaman yang Teguh” (Rock of Ages) pada abad kelapan belas, memberikan huraian ini setelah mendengar khutbah Morris: “Sukar dipercayai, … di tengah-tengah sekumpulan kecil umat Tuhan yang berkumpul di sebuah bangsal, saya mendengar seseorang yang sukar untuk mengeja namanya sendiri sedang berkongsi Injil. Sesungguhnya inilah perbuatan Tuhan, dan itu menakjubkan.”
Dilema dan Iman yang lebih Dalam
Semasa sesi pembelajaran Alkitab pada pagi Sabtu, seorang bapa berkongsi tentang kebingungannya, kerana anak perempuan kesayangannya yang suka mengingkar telah kembali, tetapi dia tidak selesa dengannya di rumah kerana kelakuannya. Seorang lagi peserta berasa tidak sihat disebabkan penyakit jangka panjang dan usia tua. Dia telah berjumpa banyak doktor tetapi usaha itu hanya membuahkan kemajuan yang minimum. Oleh sebab itu, dia berkecil hati. Namun dengan campur tangan Tuhan, mereka mempelajari Markus fasal 5 pada hari itu. Apabila pembelajaran itu selesai, mereka dapat merasakan harapan dan kegembiraan semula.
Iman akan Menang
Ketika Calvin yang berumur empat tahun menjalani pemeriksaan kesihatan rutin, didapati beberapa bintik yang tidak dijangkakan timbul pada badannya. Pada masa itu juga, dia diberi beberapa suntikan, dan bahagian yang disuntik itu dibalut dengan plaster perubatan. Di rumah, apabila tiba masanya untuk menanggalkan plaster kecil itu, Calvin merengek ketakutan. Bapa Calvin berusaha menghiburkannya dengan berkata, “Calvin tahu ’kan abah tidak akan buat Calvin rasa sakit.” Bapa Calvin mahu anaknya percaya kepada dia lebih daripada takut plaster itu ditanggalkan.
Tuhan Penolongku
Kawan saya Raleigh tidak lama lagi akan menyambut hari jadinya yang kelapan puluh lima! Sejak perbualan pertama saya dengannya lebih daripada tiga puluh lima tahun yang lalu, dia telah menjadi sumber inspirasi saya. Apabila dia menyatakan bahawa sejak dia bersara, dia telah menyiapkan manuskrip sebuah buku dan memulakan satu lagi pelayanan—saya berasa kagum tetapi tidak terkejut.
Pilihan yang Wajar
Jadual Pastor Damian termasuklah melawat dua orang pesakit yang sedang nazak di hospital, dan mereka telah memilih haluan hidup yang berbeza. Pesakit pertama adalah seorang wanita yang disayangi oleh keluarganya. Perkhidmatannya yang tidak mementingkan diri terhadap orang awam telah menarik hati ramai orang. Ramai orang yang percaya kepada Yesus telah berkumpul di sekelilingnya, mereka menyembah Tuhan, berdoa dan harapan telah memenuhi ruang biliknya. Pesakit kedua yang juga nazak ialah seorang saudara dari gereja Pastor Damian. Kedegilan hatinya telah mengakibatkan kehidupan yang sukar, dan keluarganya hidup dalam keadaan kucar-kacir ekoran daripada segala keputusan buruk dan salah lakunya. Perbezaan dalam kedua-dua keadaan ini mencerminkan perbezaan dalam gaya hidup masing-masing.
Berbuat Baik demi Tuhan
Biasanya Patrick tidak membawa wang tunai bersamanya, namun hari itu dia merasakan bahawa Tuhan mengingatkannya untuk memasukkan wang lima dolar ke dalam poketnya sebelum dia pergi bekerja. Pada waktu makan tengah hari di tempat kerjanya di sebuah sekolah, dia sedar Tuhan menyediakan dia untuk membantu seorang kanak-kanak yang memerlukan pertolongan dengan segera. Di tengah-tengah keriuhan di kantin pada tengah hari itu, dia mendengar seseorang berkata: “Scotty (seorang anak yang ada kekurangan) memerlukan $5 untuk dimasukkan ke dalam akaunnya supaya dia dapat makan tengah hari sepanjang minggu ini.” Bayangkan perasaan Patrick ketika dia memberikan wangnya untuk membantu Scotty!
Masa untuk Pemulihan Tuhan
Gambar-gambar yang datang daripada aliran teks seorang kawan sangat menakjubkan! Gambar-gambar hadiah kejutan untuk isterinya mem-perlihatkan sebuah kereta Ford Mustang 1965 yang telah dipulihkan: berkilat, luaran biru gelap; rim krom yang berkilauan; dalaman hitam yang dihias semula; dan sebuah motor untuk memadankan pembaharuan yang lain. Terdapat juga gambar-gambar “sebelumnya” kereta yang sama itu—versi kuning yang pudar, terpakai dan tidak menarik. Walaupun ia mungkin sukar untuk dibayangkan, kemungkinan besar ketika kenderaan tersebut dikeluarkan dari kilang pemasangan, ia juga menarik perhatian. Namun disebabkan oleh faktor masa, penggunaan dan kerosakan, serta faktor-faktor yang lain, tiba masanya untuk pemulihan.
Doa yang Tulus
Tiga hari sebelum satu letupan bom menggegarkan rumahnya pada bulan Januari, 1957, Dr. Martin Luther King Jr. mengalami satu kejadian yang memberi kesan dalam hidupnya. Selepas menerima satu panggilan ugutan, King memikirkan strategi untuk keluar daripada gerakan hak sivil. Kemudian, doa timbul dari hatinya. “Aku berpegang teguh pada apa yang aku percaya betul. Tetapi sekarang aku takut. Aku tidak mempunyai apa-apa lagi. Aku telah sampai ke tahap yang aku tidak dapat menghadapinya seorang diri.” Selepas dia berdoa, timbul keyakinan dalam hatinya. King menyatakan, “hampir dengan serta merta, ketakutan saya lenyap. Keraguan saya hilang. Saya sudah bersedia untuk menghadapi apa sahaja.”
Menceritakan Kebaikan Tuhan
Masa kesaksian merupakan satu segmen dalam ibadah gereja kami apabila orang berkongsi tentang pekerjaan Tuhan dalam kehidupan mereka. Auntie—atau Sis Langford, sebagaimana dia dikenali dalam keluarga gereja kami—selalu dipenuhi pujian dalam kesaksiannya. Setiap kali dia bersaksi tentang kisah lahir baharunya, seseorang boleh menjangkakan dia akan mengambil lebih masa dalam ibadah gereja pada hari tersebut. Pujian tercurah dari hatinya kepada Tuhan kerana Dia telah mengubah hidupnya!