Pengorbanan Agung
W. T. Stead, seorang wartawan inovatif pada permulaan abad ke-20, terkenal dengan penulisannya yang kontroversial mengenai isu-isu sosial. Dua artikelnya yang diterbitkan menjelaskan kebahayaan kapal laut yang beroperasi dengan nisbah bot penyelamat dan penumpang yang tidak mencukupi. Ironiknya, Stead merupakan penumpang kapal Titanic apabila kapal tersebut terlanggar aisberg di lautan Atlantik Utara pada 15 April, 1912. Menurut satu laporan, selepas menolong para wanita dan kanak-kanak menaiki bot penyelamat, Stead mengorbankan nyawanya dengan memberikan jaket keselamatan dan tempat duduknya dalam bot penyelamat kepada orang lain agar mereka dapat diselamatkan.
Kebijaksanaan dan Rahmat
Pada 4 April 1968, pemimpin hak sivil Amerika, Dr. Martin Luther King Jr. telah dibunuh, ini meninggalkan kemarahan dan kekecewaan dalam hati jutaan orang. Di Indianapolis, sekumpulan orang yang majoritinya bangsa Amerika-Afrika telah berkumpul untuk mendengar ucapan Robert F. Kennedy. Masa itu ramai orang belum menerima berita tentang kematian Dr. King, maka Kennedy terpaksa mengumumkan berita tragik itu. Dia meminta mereka bertenang walaupun dia turut berasa pilu dan sedih bersama mereka kerana abangnya, Presiden John F. Kennedy, juga dibunuh beberapa tahun dahulu.
Tidak Pernah Ditinggalkan
Fyodor Dostoyevsky, seorang penulis berbangsa Rusia pernah berkata, “Tahap tamadun dalam sesebuah masyarakat boleh diperhatikan dengan memasuki penjaranya.” Untuk memahami kenyataan ini, saya membaca sebuah petikan di talian yang menerangkan “8 Penjara yang Membawa Tahap Maut Tertinggi di Dunia.” Antara kesemua penjara ini, setiap banduan dikurung seorang diri.
Pemerah Buah Zaitun
Sekiranya anda melawat kampung di Capernaum yang terletak di sebelah Laut Galilee, anda akan menjumpai pameran pemerah zaitun zaman kuno. Pemerah zaitun yang terbentuk daripada batu basalt merangkumi dua bahagian: bahagian lesung dan roda pengasah. Lesung itu adalah besar, bulat, dan mempunyai satu palung yang dibentuk di atasnya. Zaitun-zaitun diletakkan di palung ini, dan kemudian roda yang juga diperbuat daripada batu yang berat akan bergolek pada buah zaitun untuk mendapat minyak zaitun.
Membuka Peluang
Charlie Sifford merupakan nama yang penting dalam kesukanan Amerika. Pada tahun 1961, ketika America Syarikat menghapuskan undang-undang “orang putih” sahaja yang boleh melibatkan dalam pertandingan golf, dia menjadi pemain pertama daripada keturunan Amerika-Afrika yang bertanding dalam Persatuan Pemain Golf Profesional (PGA). Walaupun Sifford harus menanggung diskriminasi ras dan gangguan, dia masih menjuarai pertandingan peringkat tertinggi sebanyak dua kali. Pada tahun 2004, dia juga merupakan orang Amerika-Afrika yang pertama diiktiraf masuk ke Dewan Kemasyhuran Golf Sedunia. Charlie Sifford membuka peluang kepada pemain profesional golf yang berbilang kaum.
Kilang Kesedihan
Sebagai peminat bola sepak Amerika bagi pasukan Cleveland Browns sepanjang hidup saya, saya membesar dan turut merasakan kekecewaan. Walaupun Browns merupakan salah satu antara empat pasukan yang tidak pernah memasuki Pertandingan Kejohanan Super Bowl, Browns masih mempunyai kumpulan peminat setia yang menyokong mereka setiap tahun. Oleh sebab peminat-peminat ini selalu kecewa, ramai daripada mereka menggelar stadium tempatan mereka sebagai “Kilang Kesedihan.”
Dia Datang Untuk Anda
Dalam dua novelnya The Trial dan The Castle, Franz Kafka (1883-1924) menggambarkan kehidupan telah memaksa manusia kehilangan kemanusiaan, sehingga mengubah ramai sekali orang menjadi wajah-wajah kosong yang tiada identiti atau nilai. Kafka berkata, “Kehidupan ini bagaikan tali pengangkut, anda akan terus maju, namun tiada sesiapa yang tahu ke mana. Anda hanya merupakan sesuatu objek, benda, bukannya makhluk yang hidup.”
Peringatan yang Berdering
Menara jam di Westminster, London yang mengandungi loceng yang dikenali sebagai Big Ben, adalah satu tanda tempat ikonik di London, England. Mengikut tradisi, melodi menara loceng itu diambil daripada lagu Messiah, “Sungguh Hidup Penebusku” (“I Know That My Redeemer Liveth”), lagu gubahan Handel. Kata-kata lagu itu ditambah kemudian dan dipamerkan di ruang jam:
Korban Krismas
Kisah klasik O Henry, bertajuk “The Gift of the Magi” (Hadiah daripada Ahli Kaji Bintang) menceritakan tentang Jim dan Della, pasangan suami dan isteri muda yang sedang bergelut dengan masalah kewangan. Semasa Krismas menjelang, mereka ingin saling memberikan hadiah yang istimewa, tetapi masalah kekurangan wang membuat mereka mengambil langkah drastik. Harta yang paling disayangi oleh Jim adalah jam tangan emasnya, manakala Della adalah rambutnya yang cantik dan panjang. Oleh itu, Jim menjual jam tangannya supaya dia dapat membeli sikat rambut untuk Della, sementara Della menjual rambutnya supaya dia dapat membeli rantai untuk jam saku Jim.