Ujian dalam perlawanan kriket amat memenatkan. Setiap pemain harus bersaing dari pukul 11 pagi hingga 6 petang, dan para pemain hanya dapat berehat pada waktu makan tengah hari serta waktu minum, tetapi perlawanan ini boleh berlangsung selama lima hari. Ia merupakan satu ujian ketahanan serta kehandalan bagi seseorang pemain.

Kadangkala ujian-ujian yang kita hadapi dalam kehidupan juga memenatkan kita atas sebab yang serupa—segala ujian kehidupan kelihatan tiada penghujung. Pencarian lama untuk pekerjaan, musim kesunyian yang berpanjangan, atau perjuangan lama dengan penyakit kanser, semua ini akan membuat kita berasa semakin susah, kerana anda tidak tahu bila segala ini akan berakhir.

Mungkin itulah sebab pemazmur berseru, “Berapa lama lagi, ya Tuhan, Engkau akan membiarkan perkara ini berlaku? Selamatkanlah aku daripada serangan mereka; selamatkanlah nyawaku daripada singa-singa itu” (Mazmur 35:17). Ulasan Alkitab menyatakan bahawa petikan ini mencatatkan satu tempoh yang panjang dalam kehidupan Daud apabila dia dikejar oleh Saul dan diumpat oleh penasihat-penasihat raja—masa pencubaan yang berterusan selama bertahun-tahun.

Namun, pada bahagian akhir, Daud menyanyi, “TUHAN sungguh agung; Dia gembira kerana kemakmuran hamba-Nya” (ayat 27). Pencubaan menggerakkan Daud lebih percaya kepada Tuhan—kepercayaan yang kita juga boleh mengalami pada musim pencubaan, kesusahan, atau kehilangan yang berpanjangan.