Penulis

Lihat semua
Dave Branon

Dave Branon

Jika anda telah membaca artikel-artikel yang ditulis oleh Dave Branon, anda akan mengenal keluarganya dan pengajaran yang dipelajari oleh seorang bapa (dan kini seorang datuk). Selepas melayani selama 18 tahun sebagai editor urusan bagi majalah Sports Spectrum, kini Dave ialah editor bagi Discovery House Publishers. Sebagai seorang penulis bebas untuk bertahun-tahun, dia telah menulis 15 buah buku. Dave dan isterinya, Sue suka bermain kasut lereng (roller blade) dan meluangkan masa untuk bersama anak-anak dan cucu-cucu mereka. Dave juga suka menikmati masa pergi ke luar negara dengan para pelajar untuk perjalanan misi.

Artikel oleh Dave Branon

Tiada Kasih yang Lebih Besar

BACAAN HARI INI: Markus 12:28-34
Jika seseorang mati bagi sahabat-sahabatnya, hal itu menunjukkan bahawa dia orang yang paling mengasihi mereka. Yohanes 15:13

Tiada sesiapa boleh menunjukkan kasih kepada orang lain seperti James Harrison. Malah dia melakukannya bagi orang yang tidak dikenalinya.

Harrison, salah seorang ahli koir bagi Universiti Ouachita Baptist berada dalam perjalanan pulang dari Eropah dengan ahli-ahli koir yang lain. Semasa…

Turut Menangis

BACAAN HARI INI: Yohanes 11:17-19,
30-36

Bersukacitalah dengan mereka yang bersukacita, dan menangislah dengan mereka yang menangis. Roma 12:15

Sebuah cerita mengisahkan seorang budak lelaki kecil yang baik hati. Isteri jirannya di sebelah rumah baru meninggal dunia. Jadi apabila budak itu melihat orang tua itu menangis, dia pun memanjat ke pangkuan lelaki itu dan duduk di situ.

Kemudian ibunya bertanya apa yang…

Bertindak Baik dengan Segera

BACAAN HARI INI: Roma 12:9-16
Kamu harus saling mengasihi dengan mesra sebagai saudara dalam keluarga Kristus. Hendaklah kamu saling mendahului untuk memberikan hormat. Roma 12:10

Adakah anda masih ingat kata-kata kesyukuran yang anda ingin beritahu kepada seseorang yang bertindak baik terhadap anda? Ataupun nota-nota dorongan yang anda rancang untuk menulis kepada seseorang kawan yang berada dalam kekecewaan? Lebih baik anda terus melakukan…

Sangat Menakjubkan!

Sebenarnya, semua manusia gagal mencapai kemuliaan Tuhan (Roma 3:23).

“Ya” Kerana Kasih

Pada 21 Ogos 2016, Carissa mempamerkan gambar banjir yang dahsyat di Louisiana, Amerika Syarikat melalui media sosial. Pada keesokan paginya, dia menyertakan kiriman permintaan daripada seseorang di kawasan banjir tersebut yang memohon bantuan. Lima jam kemudian, dia dan suaminya, Bobby, menghantar panggilan kepada orang lain untuk menyertai mereka menempuh perjalanan kira-kira sejauh 1,600 kilometer untuk memberikan bantuan. Kurang daripada dua puluh empat jam kemudian, seramai tiga belas orang berada dalam perjalanan untuk membantu mereka yang mengalami kerosakan rumah teruk.

Kemuliaan yang Menakjubkan

Salah satu tempat kegemaran saya dalam perjalanan ke Eropah adalah melawat katedral besar yang merangkumi landskap. Keindahannya sangat mengagumkan kerana bangunan-bangunan tersebut melonjak ke langit. Seni bina, kesenian, dan simbolisme yang terdapat pada bangunan-bangunan yang menakjubkan ini memberikan pengalaman yang mempesona akan keajaiban dan keagungan.

Tradisi dan Hari Krismas

Jika anda menikmati gula-gula tongkat sempena hari Krismas, sila ucapkan “danke schön” kepada orang Jerman, kerana gula ini dihasilkan pertama kalinya di kota Cologne. Jika anda meminati bunga poinsetia, katakanlah “gracias” kepada Mexico, kerana itulah tempat asal tumbuhan itu. Jangan juga lupa mengucapkan “merci beaucoup” kepada orang Perancis untuk istilah noel (Krismas), dan memberi sorakan cheers kepada orang Inggeris untuk tumbuhan mistletoe yang biasa dilihat pada pokok Krismas.

Penuaian Dan Kesyukuran

Beberapa ribu tahun yang lalu, Tuhan berfirman langsung kepada Musa dan memulakan satu perayaan baharu bagi umat-Nya. Dalam Keluaran 23:16, menurut catatan Musa, Tuhan berkata, “Tetaplah rayakan Perayaan Penuaian, iaitu penuaian hasil pertama daripada apa yang telah kamu usahakan di ladang.”

Senyuman yang Terkenal

Selepas saya dan isteri saya berpeluang untuk melawat Muzium Louvre di Paris, saya menelefon Addie, cucu perempuan kami yang berusia sebelas tahun. Apabila saya berkata bahawa saya telah melihat Mona Lisa, iaitu lukisan da Vinci yang terkenal, Addie bertanya, “Adakah dia tersenyum?”