Penulis

Lihat semua
David C. McCasland

David C. McCasland

David McCasland mula menulis bagi Our Daily Bread pada tahun 1995. Dia juga bekerjasama dengan televisyen Day of Discovery untuk menghasilkan video yang menceritakan kisah-kisah orang Kristian yang memberikan inspirasi. Buku-bukunya, Oswald Chambers: Abandoned to God dan Eric Liddell: Pure Gold diterbitkan oleh Discovery House Publishers. David dan isterinya, Luann tinggal di Colorado Springs, Colorado. Mereka mempunyai empat orang anak perempuan dan enam orang anak cucu.

Artikel oleh David C. McCasland

Lebih Hebat daripada Kecelaruan

Satu tema utama daripada kitab 2 Samuel dalam Perjanjian Lama mungkin adalah “Hidup ini satu kecelaruan!” Kehidupan mempunyai semua elemen untuk menjadi sebuah drama televisyen yang terkenal. Apabila Daud ingin mengukuhkan pemerintahannya sebagai raja Israel, dia menghadapi cabaran daripada angkatan tentera, komplot politik, dan penganiayaan oleh para sahabat serta ahli keluarganya. Daud juga berada dalam keadaan serba salah kerana perhubungan sulitnya dengan Batsyeba (fasal 11–12).

Inilah Harinya

Pada tahun 1940, Dr. Virginia Connally yang berumur 27 tahun menghadapi bantahan dan kritikan dengan berani apabila dia menjadi pakar perubatan wanita yang pertama di Abilene, Texas. Beberapa bulan sebelum hari jadinya yang ke-100 pada tahun 2012, Persatuan Perubatan Texas memberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada dia, iaitu penghormatan tertinggi di Texas kepada seorang pakar perubatan. Antara dua peristiwa yang sangat bermakna itu, Dr. Connally juga giat menyebarkan injil ke seluruh dunia melalui lawatan misi perubatan, sambil menjalani hidup yang melayani Tuhan dan orang lain—hari demi hari.

Terlalu Dekat

Saya membesar di Oklahoma, tempat yang biasanya dilanda oleh cuaca yang buruk, sering kali bermula dari awal musim bunga sehingga akhir musim panas. Saya teringat suatu petang ketika langit dipenuhi awan gelap sementara pemberita ramalan cuaca memberi amaran tentang puting beliung yang bakal melanda, tiba-tiba bekalan elektrik di rumah kami terputus. Dengan segera, saya, ibu bapa dan saudara perempuan saya menuruni tangga kayu untuk menuju ke bilik bawah tanah di belakang rumah kami, dan di situlah menjadi tempat perlindungan kami sehingga ribut reda.

Kejutan!

Michelangelo Merisi da Caravaggio (1571-1610), seorang artis Itali, terkenal dengan sifat panas barannya dan teknik yang tidak mengikut kelaziman. Dia memakai pekerja yang biasa sebagai model dan mampu membuatkan orang yang melihat karya-karya lukisannya berasa bahawa mereka juga menjadi sebahagian dalam lukisan itu. Gambar Supper at Emmaus (Makan Malam di Kota Emaus) menunjukkan seorang pengurus rumah penginapan berdiri sementara Yesus dan dua pengikut-Nya duduk di meja. Mereka mengenali Dia sebagai Tuhan yang bangkit daripada kematian (Lukas 24:31). Seorang pengikut ingin berdiri manakala pengikut yang satu lagi membuka lebar tangannya dengan penuh kekaguman.

Obituari Tiga Patah Perkataan

Sebelum Stig Kernell meninggal dunia, dia memberitahu pengurus di rumah jenazah bahawa dia tidak menginginkan obituari yang tradisional. Dengan ini, lelaki Sweden ini mengarahkan mereka memaparkan tiga patah perkataan sahaja yang mengatakan bahawa dia telah meninggal dunia: “Saya sudah mati.” Apabila Encik Kernell meninggal dunia pada umur 92 tahun, itulah yang benar-benar dipaparkan. Keberanian dan kesederhanaan mengenai notis kematiannya yang luar biasa ini menarik perhatian akhbar-akhbar di seluruh dunia. Dalam keadaan yang pelik, sikap ingin tahu di seluruh dunia terhadap lelaki dengan obituari yang hanya ada tiga patah perkataan ini mengakibatkan lebih perhatian tentang kematiannya daripada yang diingin-kannya.

Pandang Ke Atas

Sebuah artikel dalam jurnal Surgical Technology International (Teknologi Pembedahan Antarabangsa) melaporkan, orang yang melihat telefon pintar dengan menunduk kepala ke hadapan sama dengan menggantungkan sesuatu benda yang seberat 27.2 kg pada leher anda. Apabila kita menganggap bahawa berjuta-juta orang di seluruh dunia ini menggunakan rata-rata 2-4 jam saban hari untuk membaca dan menjawab pesanan ringkas. Akibatnya, kesakitan pada leher dan tulang belakang telah menjadi masalah kesihatan badan yang semakin meningkat.

Kekuasaan Muzik Tuhan

Filem The Sound of Music, adalah salah satu filem muzikal yang amat berjaya dan diterbitkan pada tahun 1965. Filem muzikal ini mendapat banyak sanjungan, termasuklah lima Anugerah Akademi kerana ceritanya yang menawan hati orang di seluruh dunia. Lebih daripada 50 tahun kemudian, orang ramai masih menghadiri tayangan khas filem ini dan para penonton datang dengan memakai kostum watak kegemaran mereka, malah bernyanyi bersama semasa tayangan itu.

Pandangan Terhadap Masa Depan

Apabila pelukis Belanda yang hebat, Rembrandt meninggal dunia secara tiba-tiba pada umur 63, sekeping lukisan yang belum siap didapati pada kekuda lukisannya. Lukisan itu berfokus pada emosi Simeon yang mendukung bayi Yesus apabila Dia dibawa ke Rumah Tuhan di Yerusalem, 40 hari selepas kelahiran-Nya. Namun, Rembrandt belum siap melukis latar belakang dan butir-butir dalam lukisan itu. Beberapa orang pakar kesenian percaya bahawa Rembrandt menyedari hidupnya menjelang pengakhiran dan—seperti Simeon, dia bersiap sedia untuk “meninggal dengan tenteram” (Lukas 2:29).

Bersendirian dan Pelayanan

Pelakon komedi Fred Allen berkata, “Seorang selebriti ialah orang yang bekerja keras sepanjang hidupnya untuk menjadi terkenal kemudian memakai cermin mata hitam untuk elak daripada dikenali.” Kemasyhuran sering menyebabkan orang kehilangan privasi dan sentiasa menarik perhatian orang ramai tanpa berhenti.