Dikepung
Semasa Perang Bosnia, lebih daripada 10,000 orang—orang awam dan tentera—terbunuh di bandar Sarajevo ketika tembak-menembak dan peluru mortar jatuh dari bukit-bukit di sekitarnya. Novel menarik, karangan Steven Galloway, The Cellist of Sarajevo bermula di sana, semasa pengepungan terlama sebuah ibu kota dalam peperangan moden. Buku ini menceritakan tiga watak cereka yang perlu membuat keputusan sama ada memperhatikan diri sendiri sahaja dalam perjuangan mereka untuk terus hidup, atau bangkit dari keadaan yang amat sukar dan mempertimbangkan orang lain ketika dalam kesusahan besar.
Ke Mana Kita Bersandar?
Dalam Portraits of Famous American Women Robert Henkes menulis, “Sebuah potret bukan sebuah gambar, bukan juga imej cermin.” Sebuah potret melangkaui penampilan luar untuk menyiasat kedalaman emosi jiwa manusia. Dalam sebuah potret, seorang artis sejati cuba “menangkap watak sebenar orang itu.”
Pengkritik Tanpa Nama
Stika masih kanak-kanak, saya biasa menaiki sepeda untuk pergi ke sekolah yang jaraknya jauh dari rumah. Apabila terdengar suara derit dari roda sepeda, saya pun diingatkan untuk segera memberinya pelumas.
Berjalan Bersama Tuhan
Saya menerima sekeping risalah daripada seorang kawan yang bertajuk “Perkongsian Tentang Kisah Hubungan dengan Tuhan selama 86 Tahun.” Dalam risalah itu, penulisnya, Al Ackenheil menulis mengenai kehidupan orang dan peristiwa-peristiwa yang utama dalam perjalanan iman penulis selama hampir sembilan dekad. Pilihan hidup yang kelihatan sederhana ketika menghafal ayat-ayat Alkitab, menghadiri perjumpaan doa, menceritakan Yesus kepada jiran-jirannya, telah menjadi titik penting yang mengubah arah hidup penulis. Saya terpesona setelah membaca bimbingan Tuhan dalam kehidupan Al melalui risalah itu.
Melihat Di Sebalik Kehilangan
Penulis yang bernama William Zinsser menggambarkan lawatan terakhirnya ke rumah yang dia dibesarkan, tempat yang amat disukainya pada zaman kanak-kanak. Ketika dia dan isteri tiba di bukit yang boleh melihat Teluk Manhasset dan muara pasang surut Long Island Sound, mereka mendapati bahawa rumah tersebut telah dirobohkan. Kini hanya tinggal sebuah lubang besar di tempat asal. Dengan rasa tawar hati, mereka berjalan ke tembok laut yang berdekatan. Zinsser melihat ke arah teluk, menikmati pemandangan dan bunyi hempasan ombaknya. Tidak lama kemudian, dia menuliskan pengalaman ini, “Saya berasa tenang dan hanya sedih sedikit. Pemandangan itu tidak terjejas: bentuk laut dan darat yang begitu unik segar dalam ingatan saya, sehingga saya masih bermimpi tentangnya.”
Sepucuk Surat Dari Medan Perang
Selama lebih daripada dua dekad, Andrew Carroll menggesa orang agar mereka tidak membuang surat-surat yang ditulis oleh ahli-ahli keluarga atau kawan-kawan mereka semasa peperangan. Sebagai pengarah bagi Pusat Surat Peperangan Amerika di Universiti Chapman, California, Carroll berpendapat bahawa semua surat pada waktu itu ialah ikatan yang tidak dapat diganti untuk menyatukan dan memberikan kefahaman antara ahli-ahli keluarga. “Kini generasi yang lebih muda membaca surat-surat itu,” kata Carroll, “dan mereka mengajukan soalan-soalan dan berkata, ‘Sekarang saya faham apa yang telah anda alami dan korbankan.’ ”
Menyelamatkan Yang Enggan
Bertahun-tahun yang lalu semasa menghadiri kelas keselamatan air, kami diajar cara menyelamatkan orang yang sedang lemas dan enggan diselamatkan. “Dekati orang itu dari belakang,” jurulatih itu memberitahu kami. “Letakkan satu tangan pada dada dan tangan orang yang menggapai-gapai itu, serta berenang menuju tempat selamat. Jika anda mendekati mereka dari depan, orang itu mungkin akan menyambar anda dan menarik kedua-dua anda sekaligus ke dalam air.” Rasa panik dan ketakutan boleh melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berfikir dan bertindak dengan bijak.
Cabaran Untuk Berubah
Selepas bekas atlet profesional Chris Sanders tercedera sehingga mengakhiri kerjayanya, dia memberitahu sekumpulan veteran tentera bahawa walaupun dia tidak pernah mengalami pertempuran, “Saya memahami tekanan daripada perubahan.”
Pandang Ke Atas
Di sebuah taman berdekatan rumah saya, saya suka berjalan di atas suatu laluan. Di sepanjang satu bahagian, terdapat satu pemandangan panorama yang mempunyai batu pasir kemerah-merahan di Garden of the Gods (sebuah taman awam di Colorado, Amerika Syarikat), dengan gunung Pikes Peak yang hebat dan agung serta setinggi 4300 meter di belakangnya. Bagaimanapun, dari semasa ke semasa, , saya mendapati saya berjalan di bahagian itu dengan memikirkan masalah saya, sambil melihat ke bawah laluan yang lebar dan licin itu. Jika tiada sesiapa di sekeliling, mungkin saya akan berhenti dan menyeru, “David, pandanglah ke atas!”