Mengikut Masa-Nya
Apabila Pastor Andrew Murray dari Afrika Selatan melawat England pada tahun 1895, dia mula mengalami kesakitan akibat kecederaan lama di belakang badannya. Dalam masa pemulihan, penjaganya memberitahu dia tentang seorang wanita yang berada dalam kesusahan dan meminta sebarang nasihat untuk wanita itu. Murray berkata, “Berikannya kertas ini yang saya tulis untuk [galakan] sendiri selama ini. Mungkin dia akan digalakkan melalui kertas ini.” Berikutlah yang ditulis oleh Murray:
Pemandangan Dari Gunung
Lembah kami di Idaho, Amerika Syarikat boleh menjadi sangat sejuk pada musim sejuk. Kabus dan kabut tebal menyelubungi tanah, sehingga menyekat udara dingin di bawah lapisan atasan yang lebih panas. Namun, anda boleh pergi ke bahagian atas lembah itu. Terdapat satu jalan yang berdekatan dan berliku-liku ke lereng Gunung Shafer Butte yang setinggi 2286 meter dari lembah kami. Dengan memandu kereta beberapa minit sahaja, anda akan menembusi kabut dan masuk ke dalam cuaca panas dan terang yang disinari cahaya matahari. Anda boleh melihat ke awan yang menyelubungi lembah di bawah dan melihatnya dari sudut pandangan yang berbeza.
Anda Mempunyai Nilai
Selepas ibu mentua saya meninggal dunia, isteri saya dan saya pergi ke pangsapurinya. Lalu kami menemui suatu tempat sorokan duit-duit syiling Kepala Orang Asli Amerika Syarikat di dalam laci almari. Dia bukan seorang pengumpul duit syiling. Oleh sebab dia hidup dalam era ketika duit-duit ini dalam edaran, maka dia telah mengumpul beberapa keping.
Meminta Tolong Dalam Kegelapan
Anjing kami, seekor anjing terrier putih West Highland yang tua selalu tidur di kaki katil kami. Di situlah tempat tidurnya selama 13 tahun.
Pantai Kaca
Penduduk di Fort Bragg, California, pada awal kurun ke-20, telah menghapuskan sampah-sarap mereka dengan membuang sampah tersebut dari sebuah tebing tinggi ke arah pantai berhampiran. Tin, botol, peralatan dapur serta sisa-sisa rumah telah terkumpul dalam longgokan besar yang amat menjijikkan. Walaupun para penduduk akhirnya berhenti membuang sampah di pantai itu, longgokan tersebut masih menjadi sesuatu yang memalukan—sebuah tempat pembuangan sampah yang nampaknya tidak dapat diselamatkan lagi.
Bunyi Senyap
Sahabat yang selalu memancing bersama saya berkata, “Air yang cetek membuat bising,” dan itu mengingatkan saya tentang satu pepatah lama yang berkata, “Air yang mendalam mengalir tenang.” Dia sememangnya bermaksud bahawa orang yang banyak membuat bising biasanya merupakan orang yang cetek pemikirannya sewaktu bercakap.
Kerja Harian yang Membosankan
Sekolah menengah yang pernah saya hadiri menuntut pembelajaran bahasa Latin selama 4 tahun. Saya menghargai disiplin yang saya perolehi daripada mata pelajaran itu sekarang, tetapi pada waktu itu ia merupakan satu kerja harian yang membosankan. Guru kami yakin kepada latihan dan pengulangan. Setiap hari dia akan berkata beberapa kali kepada kami “Repetitio est mater studiorum,” yang bermaksud “pengulangan adalah asas pembelajaran.” Kami pula merungut dengan senyap-senyap, “Repetitio est absurdum,” yang bermaksud “Pengulangan tidak masuk akal.”
Jalan Lasak
Rakan memancing saya memberitahu tentang tasik alp yang terletak tinggi di lereng utara Gunung Jughandle di Idaho. Ada khabar angin bahawa ikan besar jenis cutthroat trout bersembunyi di sana. Kawan saya mendapatkan pensil dan cebisan napkin lalu melukis peta bagi saya. Beberapa minggu kemudian saya mengisi trak saya dengan minyak dan bertolak mengikuti petunjuk arah yang diberikannya.
Dua Ekor Beruang
Beberapa tahun lalu, saya dan isteri saya, Carolyn, telah berkhemah selama beberapa hari di dataran Gunung Rainier di negeri Washington, Amerika Syarikat. Sekembalinya kami ke tapak perkhemahan pada suatu petang, kami ternampak dua ekor beruang di tengah-tengah padang, yang sedang berlawan. Kami berhenti sejenak untuk memperhatikan mereka.