Penulis

Lihat semua
Estera Pirosca Escobar

Estera Pirosca Escobar

Estera berasal dari Romania dan amat memerhatikan dunia ini. Selepas dia belajar di universiti Amerika Syarikat, dia mengalami kesunyian dan amat merindui keluarganya, tetapi dia juga mengalami kasih yang dihulurkan oleh komuniti Kristian kepada para pelajar antarabangsa. Dia menyaksikan ramai pelajar antarabangsa menjadi pengikut Yesus kerana layanan baik dan kasih yang diterima. Dalam peranannya sebagai Pengerusi Negara bagi organisasi Persahabatan Antarabangsa [International Friendships, Inc. (IFI)], Estera membantu para ketua IFI di seluruh Amerika Syarikat untuk menguatkan dan mengembang pelayanan tempatan mereka. Estera dan suaminya, Francisco yang berasal dari Chile, kini tinggal di Grand Rapids, Michigan.

Artikel oleh Estera Pirosca Escobar

Rumah Baru Kami

Sebagai pendatang pertama ke Amerika Syarikat yang harus melalui Pulau Ellis pada tahun 1892, Annie Moore pastinya merasakan kegembiraan yang luar biasa apabila dia memikirkan tentang rumah dan permulaan yang baru. Jutaan orang yang seterusnya akan berlalu tempat itu. Masa itu Annie hanya seorang remaja ketika dia meninggalkan kehidupannya yang susah di Ireland untuk memulakan kehidupan yang baru. Dengan hanya membawa sebuah beg kecil di tangannya, dia datang dengan impian, harapan dan jangkaan untuk mendapatkan peluang di tanah tersebut.

Adakah Anda Akan Kembali?

Perkahwinan Ron dan Nancy semakin merosot. Nancy mempunyai hubungan sulit, tetapi selepas beberapa lama dia mengakui dosanya kepada Tuhan. Dia tahu apa yang patut dilakukannya seperti yang disuruh oleh Tuhan, tetapi ini amat sukar baginya. Akhirnya dia mengakui perzinaannya kepada Ron. Ron tidak memilih perceraian, melainkan memberi Nancy peluang untuk memenangi kepercayaannya dengan menunjukkan bahawa dia telah berubah. Dengan cara yang ajaib, Tuhan memulihkan perkahwinan mereka.

Setia Ketika dalam Tawanan

Haralan Popov tidak tahu apa yang akan berlaku ke atas hidupnya sewaktu loceng pintu berbunyi pada awal pagi tahun 1948. Tanpa sebarang amaran, polis Bulgaria telah menahan Haralan kerana imannya. Dia menghabiskan masa selama 13 tahun yang seterusnya di penjara. Semasa ditahan, dia berdoa untuk kekuatan dan keberanian. Walaupun dilayani dengan buruk, dia tahu Tuhan menyertainya dan dia berkongsi Berita Baik Yesus dengan banduan-banduan lain, dan ramai telah menjadi orang percaya.

Hanya Seorang Nomad

“Oh, dia hanya seorang budak lelaki nomad,” seseorang berbisik dengan jijik apabila Rodney Smith berjalan ke depan gereja untuk menerima Kristus dalam satu kebaktian pada tahun 1877. Tiada sesiapa yang berfikir banyak tentang remaja ini, anak lelaki kepada ibu bapa yang hidup nomad dan tidak berpendidikan. Namun, Rodney tidak mendengar suara-suara itu. Dia yakin bahawa Tuhan mempunyai tujuan untuk hidupnya. Jadi dia membelikan sebuah Alkitab dan kamus bahasa Inggeris dan mengajar dirinya cara untuk membaca dan menulis. Dia pernah berkata, “Jalan menuju kepada Yesus bukan melalui sekolah-sekolah yang ternama seperti Cambridge, Harvard, Yale, atau penyair. Ia adalah … melalui sebuah bukit kuno bernama (Golgota) Tengkorak”. Sungguhpun menghadapi pelbagai kesukaran, akhirnya Rodney menjadi seorang penginjil yang dipakai oleh Tuhan untuk membawa ramai orang kepada Yesus di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Seseorang yang Memimpin

Siapakah yang anda fikirkan ketika mendengar perkataan mentor? Bagi saya ialah Pastor Rich. Dia melihat potensi saya dan mempercayai saya apabila saya tidak mempercayai diri. Dia menunjukkan contoh cara untuk memimpin melalui pelayanan yang rendah hati dan penuh kasih. Sebagai hasilnya, saya sekarang melayani Tuhan dengan menjadi mentor kepada orang lain.

Berita Baik untuk Disampaikan

“Siapakah nama anda?” tanya Arman, seorang pelajar dari Iran. Selepas memberitahunya bahawa nama saya ialah Estera, wajahnya kelihatan riang sambil berkata, “Kita mempunyai nama yang sama dalam bahasa Farsi, iaitu Setare!” Hal itu telah menujukan satu perbualan yang menarik. Saya memberitahunya bahawa saya dinamakan menurut satu perwatakan dalam Alkitab, “Ester,” seorang permaisuri Yahudi di Persia (sekarang dipanggil Iran). Bermula dengan ceritanya, saya berkongsi berita baik tentang Yesus. Selepas perbualan itu, Arman mula menghadiri pengkajian Alkitab mingguan untuk belajar lebih banyak tentang Kristus.

Memilih Menjadi Gelandangan

Keith Wasserman telah memilih untuk hidup sebagai gelandangan untuk beberapa hari setiap tahun sejak tahun 1989 supaya dia dapat bertumbuh dalam kasih dan belas kasihan. “Saya tinggal di jalanan untuk meluaskan perspektif dan pemahaman” tentang orang yang tidak memiliki rumah,” kata Keith, seorang pengarah eksekutif Good Works, Inc (sebuah pertubuhan komuniti sejak tahun 1981).

Tindakan Kebaikan

“Estera, kamu ada sebuah hadiah daripada rakan kita Helen!” kata ibu saya ketika dia pulang dari tempat kerja. Kami membesar dengan kehidupan yang serba kekurangan. Justeru itu, apabila menerima kiriman hadiah, ia seumpama Krismas yang kedua bagi kami. Saya berasa dikasihi, diingati, dan dihargai oleh Tuhan melalui wanita yang baik hati ini.

Orang Biasa

William Carey merupakan seorang budak lelaki yang berpenyakit. Dia dilahirkan di sebuah keluarga yang miskin di Northampton, England. Masa depannya kelihatan tidak begitu cerah. Tetapi Tuhan mempunyai rancangan baginya. Dengan mengatasi segala rintangan, dia berpindah ke India, yang dia telah membawa reformasi sosial yang besar dan menterjemahkan Alkitab kepada beberapa bahasa India. Dia mengasihi Tuhan dan orang lain, serta melakukan banyak perkara untuk Tuhan.