Penulis

Lihat semua
Jennifer Benson Schuldt

Jennifer Benson Schuldt

Jennifer Benson Schuldt telah menulis secara profesional sejak tahun 1997 apabila dia menamatkan pelajaran dari Universiti Cedarville dan memulakan kerjayanya sebagai penulis teknikal. Kini dia seorang penulis dan pengurus blog bagi laman web Our Daily Journey, dan penyumbang artikel bagi Our Daily Bread. Jennifer tinggal di kawasan pinggir bandar Chicago bersama dengan suaminya, Bob, dan dua orang anak mereka. Apabila dia tidak menulis atau mempunyai pelayanan di rumah dan di gereja, dia suka melukis, membaca sajak dan cerita fiksyen, serta berjalan sebagai senaman bersama-sama keluarganya. Salah satu ayat Alkitab kegemarannya ialah Mikha 6:8, “Perkara yang dituntut oleh Tuhan daripada kita adalah supaya kita berlaku adil, selalu mengamalkan kasih, dan dengan rendah hati hidup bersatu dengan Allah kita.”

Artikel oleh Jennifer Benson Schuldt


Penilaian Rahmat

Mata anak lelaki saya penuh keriangan apabila dia menunjukkan kertas yang dibawanya pulang dari sekolah. Kertas itu sebenarnya kertas ujian Matematik, ditandai dengan bintang merah dan markah 100 peratus. Semasa kami melihat kertas peperiksaan itu, dia berkata bahawa masih ada 3 soalan yang perlu dijawab apabila cikgunya berkata masa sudah tamat. Saya berasa hairan dan bertanya bagaimana dia mungkin mendapat markah penuh. Dia menjawab, “Cikgu saya memberikan saya rahmat dengan mengizinkan saya menyiapkan ujian walaupun saya sudah kehabisan masa.”

Risiko Terjatuh

Apabila kawan saya, Elaine pulih akibat daripada jatuh yang agak teruk, seorang pekerja hospital meletakkan gelang kuning yang terang dengan tulisan, “Risiko Terjatuh” pada pergelangan tangannya. Frasa itu bermaksud: Sila memberikan perhatian kepada orang ini. Dia mungkin tidak dapat berdiri dengan stabil. Bantulah dia pergi dari satu tempat ke tempat lain.

Tidak Sempurna

Dalam buku Jumping Through Fires (Melompat Melalui Api), David Nasser menceritakan kisah perjalanan rohaninya. Sebelum dia memulakan hubungan dengan Yesus, dia telah berkawan dengan sekumpulan remaja Kristian. Walaupun kebanyakan masa rakan-rakannya itu bersikap murah hati dan saksama, tetapi David melihat salah seorang daripada mereka berbohong kepada teman wanitanya. Dengan rasa bersalah, orang muda itu kemudian mengaku dan meminta maaf kepadanya. Apabila mengimbas kembali, David mengatakan bahawa kejadian itu telah merapatkan hubungannya dengan rakan-rakan Kristiannya. Dia menyedari bahawa rakan Kristiannya memerlukan rahmat Tuhan, termasuklah dia.

Dia Mengerti

Sejumlah kanak-kanak kecil menghadapi masalah untuk masuk tidur pada waktu malam. Terdapat pelbagai penyebab untuk masalah ini, anak perempuan saya menerangkan salah satunya pada suatu malam. “Saya takut akan kegelapan,” katanya. Saya berusaha untuk melegakan ketakutannya, tetapi saya membiarkan sebuah lampu terus menyala di dalam biliknya supaya dia boleh pasti bahawa tidak ada raksasa di dalam biliknya.

Melebihi Segala Yang Diperlukan

Di sebuah padang di luar bandar England, G. K. Chesterton bangun dari tempat duduknya dan ketawa terbahak-bahak. Ledakan ketawanya yang tiba-tiba ini menyebabkan lembu-lembu di padang pun tidak dapat mengalihkan pandangan daripada dia.

Melupakan Apa Yang Di Belakang

Chris Baker ialah seorang pelukis tatu yang mengubah simbol kesakitan dan penghambaan menjadi karya seni yang indah. Kebanyakan pelanggannya merupakan bekas gengster dan mangsa pemerdagangan manusia yang telah ditandai dengan nama, simbol atau kod pada badan mereka. Chris mengubah tatu-tatu lama ini menjadi ukiran yang cantik, dengan menambahkan tatu baharu.

Lokasi Yang Terpencil

Pulau Tristan da Cunha terkenal kerana kedudukannya yang terasing. Ia juga merupakan pulau berpenduduk yang terpencil di dunia, dengan 288 orang yang memanggil tempat itu sebagai tempat kediaman mereka. Pulau itu terletak di Selatan Lautan Atlantik, 2816 kilometer dari Afrika Selatan–tanah besar yang paling dekat. Sesiapa pun yang ingin mengunjungi tempat tersebut perlu menaiki bot selama tujuh hari kerana pulau itu tiada kemudahan pengangkutan udara.

Lebih Baik Daripada Yang Lain

Bunyi siren telah terbunyi di luar rumah seorang budak lelaki. Budak yang tidak biasa mendengar bunyi itu bertanya kepada ibunya tentang maksudnya. Ibunya menjelaskan ia bertujuan untuk memberi amaran kepada orang ramai bahawa ribut kencang bakal melanda tempat itu. Dia menjelaskan lagi bahawa jika orang ramai tidak mencari tempat perlindungan, mereka mungkin akan mati akibat puting beliung. Budak itu menjawab, “Ibu, mengapa itu perkara yang buruk? Bukankah kita akan bertemu dengan Yesus jika kita mati?”

Pujian Daripada Hati Yang Suci

Ketika sahabat saya, Myrna melancong ke luar negara, dia melawat sebuah gereja untuk berbakti. Dia memerhatikan bahawa setiap orang yang memasuki ruang kebaktian akan terus berlutut dan berdoa, membelakangi bahagian depan gereja. Sahabat saya mendapat tahu bahawa jemaah dalam gereja tersebut akan mengaku dosa mereka kepada Tuhan terlebih dahulu sebelum memulakan ibadat kebaktian.