Hal Yang Terbesar
Semasa kebaktian minggu, saya ternampak seorang bayi beberapa baris di hadapan saya. Sementara bayi itu melihat ke belakang melalui bahu ayahnya, matanya dibesarkan sambil melihat jemaah-jemaah yang lain. Dia tersenyum lebar pada sesetengah orang, air liurnya meleleh dan dia menghisap jari-jarinya, tetapi nampaknya dia tidak dapat memasukkan ibu jari ke dalam mulutnya. Khutbah pastor semakin tidak kedengaran ketika mata saya terus kembali memerhatikan bayi yang comel itu.
Cara Yang Misteri
Apabila anak lelaki saya mula menghadiri kelas bahasa Cina, saya kagum dengan kerja rumah yang dibawanya pulang selepas sesi pertama. Sebagai penutur asli bahasa Inggeris, ia adalah sukar bagi saya untuk memahami bahawa karakter-karakter bertulis itu berkaitan dengan kata-kata yang dituturkan. Bahasa itu seolah-olah sangat rumit bagi saya—hampir tidak boleh difahami.
Kuasa Dalam Pujian
Willie Myrick diculik dari jalan masuk rumahnya ketika dia berusia 9 tahun. Untuk berjam-jam, dia dan penculiknya dalam pelarian dengan kereta, tanpa mengetahui apa yang akan berlaku kepadanya. Pada masa itu, Willie mengambil keputusan untuk menyanyi sebuah lagu bertajuk Every Praise (Pujilah). Kerana dia berulang kali menyanyikan kata-kata itu, penculiknya mengeluarkan kata-kata kotor dan menyuruh dia diam. Akhirnya, lelaki itu menghentikan kereta dan biarkan Willie keluar—tanpa cedera.
Tiada Yang Ketinggalan
Suatu hari ketika saya menghantar suami saya ke stesen kereta api, saya memerhatikan konduktor meninjau kawasan itu sekiranya ada orang yang ketinggalan. Seorang wanita dengan rambut basah membingkas dari tempat letak kereta dan menaiki kereta api. Kemudian, seorang lelaki dengan sut gelap melangkah menuju ke platform dan menaiki kereta api itu. Konduktor menunggu dengan sabar semasa beberapa orang lagi yang lewat memecut lari dan menaiki kereta api pada saat terakhir.