Memberi Tempat kepada Orang Lain
Setiap tahun, keluarga saya akan mereka bentuk sebuah kalendar dinding bergantung yang khas, tetapi nampaknya kalendar itu semakin padat kebelakangan ini. Kami akan menghias setiap bulan dengan gambar-gambar kegemaran dari tahun lepas dan menandakan tarikh-tarikh penting. Apabila ahli keluarga kami berkahwin atau menyambut kelahiran anak, kami harus memuat masuk lebih banyak gambar untuk memastikan setiap ahli keluarga dimasukkan dalam kalendar itu. Kini ada beberapa ahli keluarga mempunyai hari jadi yang sama, dan ada hari percutian yang bertindih dengan ulang tahun perkahwinan. Namun kami tidak mengeluarkan item-item dari kalendar untuk memberi lebih ruang, sebaliknya ahli-ahli keluarga baru membuat kalendar di rumah saya lebih berharga.
Tabiat dan Roh Kudus
“Kamu membesar di sini kah?” Sukar bagi saya untuk menjawab soalan doktor gigi saya kerana alat pembersih gigi masih berada di dalam mulut saya. Dia menjelaskan bahawa pada tahun 1945, bandar kami menjadi bandar pertama di dunia yang menambahkan fluorida ke dalam air minuman awam. Rawatan ini dipercayai dapat mencegah kerosakan gigi, dan tidak memerlukan banyak—hanya 0.7 miligram fluorida bagi setiap liter air. Bagi doktor gigi profesional yang terlatih, cara ini mendatangkan kesan positif yang ketara. Tetapi saya sendiri tidak tahu bahawa saya telah meminum air ini sepanjang hidup saya!
Kemuliaan yang Kian Besar
Valerie tinggal di sebuah pekan di tepi laut. Dia menyukai cuaca panas, mengambil gambar hidupan liar dan berendam dalam air. Antara semua aktiviti yang paling disukainya adalah melihat matahari terbit di atas lautan. Setiap pagi, dia bangun sebelum subuh untuk melihat pemandangan laut. Valerie menganggarkan bahawa walaupun cuaca mendung atau dia harus pergi ke tempat lain, dia masih berjaya melihat lebih daripada tiga ratus pemandangan matahari terbit di tepi laut setiap tahun. Dia tidak pernah jemu memerhatikanpemandangan itu. Baginya, pemandangan matahari terbit itu mempunyai kemuliaan yang dia tidak mahu terlepas melihatnya.
Memberikan Penghargaan pada Tempatnya
Beratus-ratus orang tetamu telah memenuhi dewan besar yang berwarna emas untuk meraikan ulang tahun ke-50 sebuah organisasi bukan untung, dan memberikan penghargaan kepada para penyokong mereka, terutamanya mereka yang telah bergiat selama berdekad-dekad. Seorang ahli pengasas berkongsi dengan rasa syukur bahawa walaupun ribuan jam sukarela dan jutaan dolar dana telah diberikan, mereka tidak akan berjaya tanpa Tuhan. Dia menegaskan berulang kali bahawa organisasi itu berkembang maju bukan kerana usaha manusia—walaupun usaha manusia juga penting—tetapi kerana Tuhan yang telah menyediakan segalanya bagi mereka.
Berjalan dengan Tuhan
Dalam filem yang bertajuk The Courier (Penghantar), sebuah filem yang diilhamkan oleh satu kisah benar, watak utama Greville berhadapan dengan keputusan yang sukar. Dia mengetahui bahawa seorang kawan rapatnya akan ditangkap dan mungkin akan dipenjarakan dan diseksa. Greville boleh menyelamatkan dirinya daripada musibah yang sama jika dia meninggalkan negara dengan segera dan menafikan bahawa dia mengenali rakannya itu. Atas belas kasihan, Greville dengan setia enggan pergi dan juga dipenjarakan, mengalami penderitaan yang sama seperti rakannya. Greville dan rakan itu tidak mengkhianati siapa-siapa antara mereka sendiri. Akhirnya, Greville dibebaskan sebagai teman yang benar dan setia walaupun mendapat nama yang buruk.
Kata-Kata Mutiara dalam Alkitab
Alkitab kesayangan ayah telah dimilikinya lebih daripada tiga puluh tahun sebelum kulit jilid yang sudah lusuh akhirnya terbelah dua. Apabila kami membawa Alkitab itu kepada seorang penjilid buku yang mahir untuk memulihkannya, tukang itu ingin mengetahui apa yang menjadikan buku itu sebegitu istimewa. Ini bukan barang antik yang mahal, dan halamannya penuh dengan nota tulisan tangan. Pertanyaannya tentang Alkitab mewujudkan peluang kepada keluarga saya untuk berkongsi Injil dan berdoa dengannya.
Ditanam di tepi Perairan
Bill ialah seorang pesara tua yang tinggal bersendirian dan baru-baru ini dia terpaksa berhenti memandu kereta. Dia memerlukan bantuan untuk membeli barang runcit, mendapatkan preskripsi ubat, dan pergi ke gereja pada hari Ahad. “Sebenarnya,” kata Bill, “Aku suka tinggal di rumah. Aku menikmati muzik penyembahan yang percuma dalam talian dan menonton pengajaran Alkitab di televisyen sepanjang hari.” Bill mengisi hari-harinya dengan didampingi Kitab Suci, doa dan pujian
Menjadi Suci
Selepas melihat arca seramik bertaraf dunia di sebuah muzium seni, saya dijemput untuk mencipta “karya agung” saya sendiri daripada tanah liat kering. Saya menghabiskan dua jam untuk membentuk mangkuk kecil, mengukir corak dan melukisnya. Namun hasil daripada semua kerja keras saya kurang mengagumkan: tembikar kecil yang cacat dan warna yang tidak sekata. Nampaknya karya saya ini pasti tidak akan dipamerkan di muzium dalam masa terdekat.
Melangkah dalam Iman
John sangat kecewa apabila dia kehilangan pekerjaannya. Oleh sebab dia sudah lama bekerja dan tidak muda lagi, dia tahu memang sukar untuk bermula lagi di tempat baharu. Maka dia mula mendoakan pekerjaan yang sesuai. Kemudian John mengemas kini resumenya, membaca panduan temu duga dan membuat banyak panggilan telefon. Selepas berminggu-minggu membuat permohonan, dia menerima jawatan baharu dengan masa kerja dan perjalanan ulang-alik dari tempat kerja yang sesuai. Kerana beriman, keperluan John dipenuhi oleh Tuhan tepat pada masa-Nya.