Penulis

Lihat semua
Keila Ochoa

Keila Ochoa

Keila Ochoa dan penulisan pertamanya akan diperkenalkan dalam artikel bulan Mac. Keila dan suaminya tinggal di Mexico dan mereka mempunyai dua anak kecil. Dia juga terlibat dalam bahagian pelatihan bagi penulis dari seluruh dunia bagi Media Associates International. Dia juga telah menulis beberapa buku.

Artikel oleh Keila Ochoa

Hadiah yang Mudah Pecah

Apabila kita memberi sebuah hadiah yang mudah pecah, kita memastikan kotak bungkusan itu dilekatkan label penanda. Perkataan FRAGILE (mudah pecah) ditulis dalam huruf besar kerana kita tidak mahu sesiapa pun merosakkan benda dalam bungkusan tersebut.

Hamba Yang Setia

Madaleno seorang penurap bata. Dari hari Isnin hingga hari Khamis dia membina dinding dan membaiki atap. Dia seorang yang pendiam, boleh dipercayai, dan ringan tulang. Kemudian dari hari Jumaat hingga hari Ahad, dia akan pergi ke pergunungan untuk mengajar firman Tuhan. Madaleno berbahasa Nahuatl (salah satu dialek orang Mexico), maka dia dapat memberitahukan berita baik tentang Yesus kepada penduduk di daerah itu. Walaupun dia sudah berusia 70 tahun, dia masih menggunakan tenaga fizikalnya untuk membina rumah, malahan dia juga rajin membina keluarga Tuhan.

Dengan Kita Dan Di Dalam Kita

Anak lelaki saya baru sahaja menghadiri taska. Pada hari pertama dia menangis dan berkata, “Saya tidak suka sekolah.” Jadi saya dan suami saya cuba menggalakkan dia. “Walaupun ayah dan ibu tidak menemani anda di sana, tetapi kami akan berdoa untuk anda. Lagipun, Yesus sentiasa menyertai anda.”

Serpihan Masa

Seorang kawan saya telah datang ke bandar yang saya tinggal. Dia seorang yang sangat sibuk dengan jadual yang padat, tetapi selepas menghabiskan satu hari yang panjang dalam beberapa mesyuarat, dia dapat berjumpa dengan keluarga saya untuk waktu makan malam yang singkat dan agak lewat selama setengah jam. Kami menyenangi lawatannya tetapi sambil merenung ke pinggan saya berfikir “Kami hanya mendapat serpihan masanya.”

Tersembunyi Dalam Hatiku

Saya membiasakan diri membaca majalah digital, dan saya berasa selesa kerana saya menyelamatkan pokok. Tambahan pula, saya tidak perlu menunggu majalah datang melalui kiriman pos. Bagaimanapun, saya masih merindui edisi cetak kerana saya suka menggerakkan jari-jari saya pada halaman-halaman yang berkilat dan menggunting resipi kegemaran saya.

Nyanyian Hidup Kita

Setiap orang yang tersentuh oleh sebuah muzik mendengarnya secara berbeza. Penggubah mendengarnya dalam ruang bayangannya. Para penonton mendengarnya dengan deria dan emosi mereka. Ahli-ahli orkestra yang mendengar dengan jelas bunyi instrumen yang paling dekat dengan mereka. Dalam erti kata yang lain, kita ialah ahli-ahli orkestra Tuhan. Sering kali kita mendengar hanya muzik yang paling dekat dengan kita. Kerana kita tidak mendengar suatu persembahan yang seimbang, kita seperti Ayub yang berseru ketika dia menderita: “Sekarang aku menjadi sajak sindiran dan ejekan mereka” (Ayub 30:9, Alkitab TB).

Patutlah!

“Dia amat sesuai untuk kamu,” sahabat saya berkata. Dia bercakap mengenai seorang pemuda yang dia baru kenal. Dia menggambarkan matanya yang cerah, senyumannya yang menyenangkan dan hatinya yang baik. Semasa saya berjumpa dengannya, saya amat bersetuju dengan sahabat saya itu. Pada hari ini dia ialah suami saya, patutlah saya mencintai dia!

Rancangan Tuhan

Seorang pegawai tentera mungkin mempunyai rancangan keseluruha tetapi sebelum setiap pertempuran, dia mesti menerima dan memberi arahan baru. Yosua, pemimpin umat Israel, terpaksa mempelajari hal ini. Selepas umat Tuhan berada di padang gurun selama 40 tahun, Tuhan memilih Yosua untuk memimpin mereka masuk ke tanah yang dijanjikan-Nya kepada mereka.

Langkah Bayi

B ayi saya sedang belajar berjalan. Saya perlu memegang dia, dan dia berpaut pada jari saya kerana dia masih berjalan terhuyung-hayang. Dia takut tergelincir, tetapi saya ada untuk menenangkan dan memperhatikannya. Sementara dia berjalan dengan bantuan saya, matanya berkilau dengan kesyukuran, kebahagiaan, dan keselamatan. Tetapi kadang-kadang dia menangis apabila saya tidak membiarkan dia mengikut jalan yang berbahaya, tanpa menyedari bahawa saya melindungi dia.