Dibuai Dengan Hiburan
Kawan saya memberikan saya keyakinan penuh untuk mendukung anak perempuan kesayangannya yang berumur empat hari. Tidak lama kemudian, bayi ini mula menjadi tidak selesa. Saya pun memeluk dia dengan lebih dekat, pipi saya menyentuh kepalanya, dan mula mendodoi serta menyanyi dengan lembut supaya dia berasa selesa. Walaupun telah banyak mencuba, pengalaman saya sebagai seorang ibu selama 15 tahun, saya masih gagal untuk menenangkannya. Bayi itu mula menjadi sedih sehingga saya meletakkan dia kembali ke pangkuan ibunya. Keamanan menyelubunginya dengan serta-merta; tangisan berhenti, dan badan kecilnya terus menjadi relaks. Kawan saya tahu cara untuk memegang dan mendodoikan anaknya yang berasa kurang tenang.
Mengalir Melalui Jari Saya
Secara tidak sengaja, gelas minuman saya tertumpah di atas kaunter restoran, lalu airnya mengalir ke bawah meja dan ke lantai. Oleh sebab saya segan akan apa yang berlaku, saya cuba menakung air itu dengan kedua-dua belah tapak tangan saya. Tetapi saya gagal menakung air tersebut kerana kebanyakannya sudah mengalir melalui celah jari saya. Akhirnya, tapak tangan saya hanya mampu menakung satu sudu kecil air dan kaki saya pula dibasahi air.