Kawan saya memberikan saya keyakinan penuh untuk mendukung anak perempuan kesayangannya yang berumur empat hari. Tidak lama kemudian, bayi ini mula menjadi tidak selesa. Saya pun memeluk dia dengan lebih dekat, pipi saya menyentuh kepalanya, dan mula mendodoi serta menyanyi dengan lembut supaya dia berasa selesa. Walaupun telah banyak mencuba, pengalaman saya sebagai seorang ibu selama 15 tahun, saya masih gagal untuk menenangkannya. Bayi itu mula menjadi sedih sehingga saya meletakkan dia kembali ke pangkuan ibunya. Keamanan menyelubunginya dengan serta-merta; tangisan berhenti, dan badan kecilnya terus menjadi relaks. Kawan saya tahu cara untuk memegang dan mendodoikan anaknya yang berasa kurang tenang.

Tuhan menghiburkan anak-anak-Nya seperti seorang ibu: lemah lembut, diyakini, dan rajin dalam usaha untuk menghiburkan anaknya. Apabila kita berasa risau atau sedih, tangan Dia akan mengangkat kita ke pangkuan-Nya. Sebagai Bapa dan Pencipta, Dia mengenali kita sepenuhnya. Dia “memberikan kedamaian dan kesejahteraan kepada orang yang teguh hati, kerana mereka percaya kepada-[Nya]” (Yesaya 26:3).

Apabila permasalahan di dunia ini membebankan hati kita, kita dapat mencari penghiburan dengan mengetahui bahawa Dia sentiasa melindungi dan menjaga kita, anak-anak-Nya, seperti ibu bapa yang penyayang.