Penulis

Lihat semua
Lawrence Darmani

Lawrence Darmani

Lawrence Darmani ialah seorang penulis novel berbangsa Ghana. Novel pertamanya, Grief Child, telah memenangi Anugerah Penulis Komanwel, buku pertama dari Afrika yang mendapat anugerah karya terbaik. Dia seorang editor bagi majalah Step dan pengarah bagi Step Publishers. Dia dan keluarganya tinggal di Accra, Ghana.

Artikel oleh Lawrence Darmani

Perhatikan Dengan Teliti

Penguasaan diri atau pengawalan diri mungkin merupakan perkara yang paling sukar dilakukan. Berapa kerap kita telah ditewaskan oleh tabiat buruk, sikap yang tidak sopan atau fikiran yang salah? Kita berjanji untuk bertambah baik. Kita meminta orang lain membantu kita. Namun jauh di dalam, kita tahu bahawa kita tidak ada ketekadan atau kemampuan untuk berubah. Kita boleh berkata secara terbuka, kita boleh merancang, kita boleh membaca buku maju-diri, tetapi kita masih mendapati bahawa banyak perkara yang ada dalam diri kita susah untuk diatasi dan dikawal!

Berwaspada Dan Berjaga-jaga

Saya dan isteri saya Carolyn pertama kali bertemu dengan Phipps Festus Bourne pada tahun 1995 di kedainya yang terletak di Mabry Hill, Virginia. Bourne yang meninggal dunia pada tahun 2002 merupakan seorang tukang kayu yang sangat mahir. Ukirannya hampir mirip dengan objek yang benar. “Pengukiran seekor itik adalah senang,” katanya. “Anda hanya perlu mengambil sebongkah kayu, membayangkan rupa seekor itik, kemudian potong sahaja segala yang tidak menyerupainya.”

Aku Menyertai Engkau

Semasa berkhidmat sebagai pelatih untuk sebuah penerbit majalah Kristian, saya pernah menulis satu cerita tentang seorang peribadi yang telah menjadi Kristian. Setelah mengalami perubahan yang dramatik, dia meninggalkan kehidupan lamanya dan mengikuti Tuannya yang baru: Yesus. Beberapa hari selepas majalah tersebut diedarkan, seseorang yang namanya tidak diketahui telah menelefon saya dan mengeluarkan kata-kata ancaman, “Awas kau, Darmani. Kami sedang memerhatikan kau! Kau tidak akan selamat di negara ini jika kau menulis cerita seumpama itu.”

Berkorban Demi Orang Lain

Pada bulan Januari 1915, kapal Endurance terperangkap dan karam di dalam ais di luar pantai Antartika. Kumpulan peneroka kutub, yang diketuai oleh Ernest Shackleton, terselamat dan berjaya sampai ke Elephant Island dalam tiga bot kecil. Ketika terperangkap di pulau yang tidak didiami ini, jauh daripada laluan perkapalan biasa, mereka mempunyai satu harapan. Pada 24 April, 1916, 22 orang lelaki menyaksikan Shackleton dan lima rakan di dalam sebuah bot penyelamat kecil belayar keluar ke South Georgia, sebuah pulau 800 kilometer dari situ. Kemungkinan untuk selamat kelihatan mustahil, dan jika mereka gagal, mereka semua pasti akan mati. Alangkah gembiranya, apabila lebih daripada empat bulan kemudian sebuah bot muncul di kaki langit dengan Shackleton yang berteriak di busur bot, “Adakah kamu semua baik?” Dan mereka mendengar jawapan itu, “Semua selamat! Semua baik!”

Ubat Yang Mujarab

Pada usia 59 tahun, kawan saya Bob Boardman menulis, “Jika 70 tahun jangka hayat biasa dimuatkan dalam 24 jam sehari, hidup saya kini menunjuk waktu 8:30 malam. … Masa semakin berlalu dengan begitu cepat.”

Bagi Kepada Orang Lain

Salah satu babak kegemaran saya dalam sastera berlaku apabila seorang mak cik tegas berhadapan dengan seorang bapa tiri jahat kerana penderaan yang dilakukan ke atas anak buah mak cik itu, iaitu David Copperfield. Babak ini berlaku dalam novel Charles Dickens yang bertajuk sempena nama watak utama, David Copperfield.

Lakukan Apa Yang Dikatakan-Nya

Saya memerlukan tangki air di bawah tanah dan tahu secara terperinci bagaimana saya mahu tangki itu dibina, justeru saya memberikan arahan yang jelas kepada pembina. Pada keesokan hari apabila saya memeriksa projek, saya marah kerana saya menyedari bahawa dia tidak menurut arahan saya. Dia telah mengubah pelan asal saya dan kesannya. Alasan yang diberikan juga menjengkelkan seperti mana kegagalannya untuk mengikut arahan saya.

Hidup Mulia

Ketika menyampaikan ucapan umum, seorang pemimpin dan negarawan yang dihormati telah menjadi perhatian negaranya.Ini kerana dia mengisytiharkan bahawa kebanyakan Ahli Parlimen (AP) di negaranya menjalani kehidupan yang memalukan. Dengan menyebut tentang gaya hidup AP yang menerima rasuah, bersikap sombong, menggunakan bahasa kasar dan lain-lain, dia menegur para AP secara terbuka dan menggesa mereka melakukan pembaharuan. Seperti yang dijangka, komennya tidak diterima, sebaliknya dia menghadapi kritikan keras daripada ahli-ahli parlimen lain.

Tuhan Bapa Mengetahui

Pada suatu malam yang panas, ketika itu saya berumur empat tahun dan berbaring di sisi bapa saya di atas tikar lantai. (Masa itu ibu saya tidur di bilik sebelah untuk menjaga adik saya yang masih bayi.) Cuaca di utara Ghana pada masa itu agak kering. Peluh membasahi badan saya, dan haba yang panas membuatkan tekak saya kering. Saya berasa amat dahaga lalu membangunkan bapa saya. Di tengah-tengah malam yang panas itu, dia bangun dan menuangkan air dari balang bagi menghilangkan dahaga saya. Sepanjang hidup saya, seperti yang dilakukan oleh ayah saya pada malam itu, dia telah memperlihatkan imej seorang bapa yang penyayang. Dia memberikan apa yang saya perlukan.