Meredakan Ribut
Apabila Taufan Katrina menuju pantai Mississippi, seorang pastor yang bersara dan isterinya meninggalkan rumah mereka untuk pergi ke tempat perlindungan. Anak perempuan mereka merayu agar mereka pergi ke Atlanta supaya dia boleh menjaga mereka, tetapi pasangan itu tidak dapat mengeluarkan wang untuk perjalanan itu kerana semua bank telah tertutup. Selepas ribut berlalu, mereka kembali ke rumah mereka untuk mendapatkan sedikit barang, dan hanya dapat menyelamatkan beberapa keping gambar keluarga yang terapung di air. Kemudian, apabila pastor itu mengeluarkan foto ayahnya daripada bingkai gambar agar ia boleh kering, $366 terjatuh—jumlah yang tepat untuk membeli dua tiket penerbangan ke Atlanta. Mereka belajar bahawa mereka boleh mempercayai Yesus untuk apa pun yang diperlukan mereka.
Tuhan Selalu Mendengar
Sehari sebelum Billy Graham ditemu ramah dalam rancangan televisyen The Today Show pada tahun 1982, pengarah perhubungan awamnya, Larry Ross, meminta sebuah bilik peribadi disediakan untuk Graham sebagai tempat berdoa sebelum wawancara tersebut. Namun apabila encik Graham tiba di studio, pembantu peribadinya memaklumkan Ross bahawa encik Graham tidak perlu bilik. Dia berkata, “Encik Graham mula berdoa apabila dia bangun pagi ini, dia berdoa ketika…
Ikutlah Aku
Kelab kesihatan menawarkan banyak program yang berbeza kepada orang yang ingin mengurangkan berat badan dan mengekalkan kesihatan. Sebuah pusat kesihatan hanya membekalkan perkhidmatan kepada orang yang ingin mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya 20kg dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Seorang ahli berkata bahawa dia tidak lagi pergi ke kelab kesihatan sebelum kelab ini kerana dia berasa bahawa orang yang kurus dan…