Sehari sebelum Billy Graham ditemu ramah dalam rancangan televisyen The Today Show pada tahun 1982, pengarah perhubungan awamnya, Larry Ross, meminta sebuah bilik peribadi disediakan untuk Graham sebagai tempat berdoa sebelum wawancara tersebut. Namun apabila encik Graham tiba di studio, pembantu peribadinya memaklumkan Ross bahawa encik Graham tidak perlu bilik. Dia berkata, “Encik Graham mula berdoa apabila dia bangun pagi ini, dia berdoa ketika makan sarapan, dia berdoa dalam perjalanan ke dalam kereta, dia mungkin akan berdoa pun sepanjang masa wawancara dijalankan.” Kemudian Ross berkata, “Itu merupakan satu pelajaran yang terpenting untuk saya waktu masih muda. ”

Berdoa bukanlah satu acara; ia merupakan satu gaya hidup untuk tetap berada dalam hubungan dengan Tuhan. Perhubungan yang akrab ini dibangunkan apabila umat Tuhan mempraktikkan doa sebagai satu gaya hidup. Mazmur menggalakkan kita memulakan setiap hari dengan mengangkat suara kita kepada Tuhan (Mazmur 5:4); kita mengisi hari-hari kita dengan perbualan dengan Tuhan (55:18); dan ketika menghadapi tuduhan dan fitnah, kita tetap berdoa dengan sepenuh hati (109:4). Kita menjadikan doa sebagai satu gaya hidup kerana kita rindu untuk bersekutu dengan Tuhan (42:2-5; 84:2-3; 130:5-6).

Doa ialah cara kita berhubung dengan Tuhan dalam apa jua keadaan hidup kita. Tuhan akan sentiasa mendengar bahkan kita boleh bercakap kepada-Nya pada bila-bila masa sepanjang hari.