Month: April 2015

Perunding Imej

Dalam zaman media kita, perunding imej sangat diperlukan. Penghibur, ahli sukan, ahli politik dan pemimpin perniagaan seolah-olah terdesak untuk menguruskan cara mereka dipandang oleh mata dunia. Penasihat yang mengenakan bayaran tinggi ini berfungsi untuk membentuk penampilan pelanggan mereka—walaupun kadang-kadang ada perbezaan yang amat ketara antara imej awam seseorang dengan wajah sebenarnya.
Pada hakikatnya, apa yang orang perlu—apa yang kita perlu—bukanlah…

Maria & Marta: Menyeimbangkan Keutamaan Hidup

Alice Matthews menggunakan pengalaman hidup dan hatinya untuk membawa pandangan yang baru terhadap Firman Tuhan. Dia pernah menjadi mubaligh, isteri pastor, ibu, dan nenek. Kini, dengan gelaran doktor, dia menjadi Profesor yang berkedudukan di Seminari Gordon-Conwell.

Hanya wanita yang sibuk boleh memahami hati Marta, seorang wanita yang melakukan terlalu banyak kerja dalam Perjanjian Baru. Hanya wanita yang suka berfikir serta…

Siapakah Layak Menjadi Pemimpin Gereja?

Sanggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita mendesak supaya pemimpin “tidak bercela”? Atau adakah kita jauh lebih menderita dan kecewa jika gereja diserahkan kepada orang yang salah, atau pemimpin yang tidak layak untuk membuat keputusan bagi umat Tuhan?

Untuk mengelakkan bahaya itu, penulis Dan Vander Lugt dan Kurt De Haan menolong kita dan berfokus kepada kelayakan…

Kebangunan Rohani

Ramai orang Kristian di seluruh dunia amat prihatin tentang kekeringan dan kelesuan rohani dalam gereja. Mungkin mereka berdoa dengan menggunakan lirik lagu gereja lama gubahan William P. Mackay:

Bangunlah kami semula—
Penuhi setiap hati dengan kasih-Mu;
Semoga setiap jiwa dinyalakan semula
Oleh api dari syurga.
Haleluya, kemuliaan bagi-Mu! Haleluya, amin!
Haleluya, kemuliaan bagi-Mu!
Bangunlah kami semula.

Doa itu sangat indah! Setiap…

Menghubungi Tuhan

Dalam pelbagai cara, teknologi merupakan satu rahmat. Adakah anda memerlukan sedikit maklumat mengenai masalah kesihatan? Apakah yang anda perlu lakukan adalah mengakses Internet dan anda akan terus mendapatkan senarai pilihan untuk membimbing carian anda. Adakah anda perlu menghubungi rakan? Ia boleh dilakukan hanya menghantar teks, e-mel, atau kirimkan khabar di Facebook. Tetapi teknologi juga boleh mengecewakan kita pada masa-masa tertentu.…

Visi Kami

Visi kami adalah  melihat orang daripada semua bangsa mengalami hubungan peribadi dengan Kristus, semakin menyerupai-Nya dan melayani jemaah tempatan yang merupakan anggota keluarga-Nya.

Sejarah ODB di Malaysia

Pada tahun 1996, pejabat RBC Ministries di Malaysia bermula sebagai Youth Guidance Sdn. Bhd. Ketika itu pejabat kami hanya mempunyai seorang staf. Kemudian nama kami ditukar kepada RBC Resources Sdn. Bhd apabila pelayanan ini mula berfokus hanya kepada misi RBC Ministries—membolehkan firman Tuhan boleh difahami dan mudah didapati oleh semua orang. Malah pelayanan yang menjangkau orang remaja tergolong sepenuhnya di…

Penyataan Iman

Kami percaya Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru dalam Alkitab diilhamkan oleh Tuhan, tanpa kesalahan dalam manuskrip-manuskrip asal, ditepati dalam Kristus, dan mengandungi wahyu tentang penciptaan, kejatuhan, penebusan dan pemulihan manusia.

Kami percaya bahawa Tuhan yang esa hadir dalam tiga peribadi: Bapa, Anak dan Roh Kudus.

Kami percaya Yesus Kristus ialah Tuhan dan manusia yang sempurna, anak tunggal Tuhan, dan wahyu yang sempurna…