Penulis

Lihat semua
Marion Stroud

Marion Stroud

Selepas berjuang terhadap penyakit kanser, Marion Stroud kembali kepada Tuhan pada 8 Ogos 2015. Sejak tahun 2014, Marion telah menyumbang artikel-artikel renungan bagi Our Daily Bread yang telah menyentuh ramai jiwa pembaca di seluruh dunia. Dua buah bukunya yang popular mengenai doa, Dear God, It’s Me and It’s Urgent dan It’s Just You and Me, Lord adalah diterbitkan oleh Discovery House. Sebagai seorang penulis dan mentor antarabangsa, Marion pernah bekerja sebagi pelatih silang budaya bagi Media Associates International, menolong para penulis lain di Eropah Timur dan tempat-tempat yang menghadapi halangan secara rohani, agar mereka boleh menulis buku yang berdasarkan budaya mereka. Dia seorang penggalak dan akan dikenangi oleh beratus-ratus kawan di seluruh dunia ini. Marion mempunyai suami, Gordon, lima orang anak dan enam belas orang cucu.

Artikel oleh Marion Stroud

Apakah Yang Saya Boleh Berikan?

Semasa berkhidmat sebagai pelatih untuk sebuah penerbit majalah Kristian, saya pernah menulis satu cerita tentang seorang peribadi yang telah menjadi Kristian. Setelah mengalami perubahan yang dramatik, dia meninggalkan kehidupan lamanya dan mengikuti Tuannya yang baru: Yesus. Beberapa hari selepas majalah tersebut diedarkan, seseorang yang namanya tidak diketahui telah menelefon saya dan mengeluarkan kata-kata ancaman, “Awas kau, Darmani. Kami sedang memerhatikan kau! Kau tidak akan selamat di negara ini jika kau menulis cerita seumpama itu.”

Semua Orang Dialu-alukan!

Satu kisah lama orang asli Amerika menceritakan seorang budak lelaki yang telah dihantar ke dalam hutan sendirian pada suatu malam musim luruh untuk membuktikan keberaniannya. Tidak lama kemudian, langit menjadi gelap dan bunyi malam memenuhi suasana. Pokok-pokok berkeriang-keriut dan mengerang, burung hantu menciut, dan anjing hutan meraung. Walaupun dia berasa sangat takut, anak itu tetap tinggal di dalam hutan sepanjang malam, sebagai ujian keberanian yang wajib. Akhirnya, pagi menjelang dan dia melihat seseorang tidak jauh dari tempatnya. Rupanya orang itu ialah datuknya yang telah memperhatikan dia sepanjang malam.

Jadilah Tabah

Emil adalah seorang lelaki yang tiada tempat tinggal dan melepak-lepak sepanjang tahun. Setiap hari dia berjalan di kaki lima di sekitar bandar dengan langkah yang berat dan perlahan, sambil kepalanya tertunduk ke bawah. Dia malu untuk memandang mata orang lain kerana sebenarnya dia bukannya hidup bergelandangan sebelum ini, malah dia takut akan bertemu dengan orang yang dikenalinya. Apatah lagi, dia hanya ingin memungut duit syiling orang lain yang terjatuh di jalan atau puntung rokok yang separuh dihisap. Kebiasaannya yang tunduk ke bawah telah mengakibatkan tulang belakangnya mulai tetap pada kedudukan itu sehingga dia sangat sukar untuk menegakkan badan belakangnya.

Saya Sudah Belajar …

Mary ialah seorang balu dan menghadapi masalah kesihatan yang teruk apabila anak perempuannya menjemput dia pindah ke “pangsapuri nenek” yang baharu, iaitu unit yang dekat dengan pangsapuri anak perempuannya. Walaupun ini bermaksud Mary harus berpindah jauh daripada kawan-kawan dan ahli-ahli keluarga yang lain, Mary bersukacita dengan peruntukan yang diberikan oleh Tuhan.

Masa Untuk Bertumbuh

Di rumah baharu Debbie, dia menemui sebatang tumbuhan yang dilupakan di sudut ruangan dapur yang gelap. Tumbuhan tersebut kelihatan seperti orkid kupu-kupu dengan daun yang sudah berhabuk dan koyak. Debbie membayangkan betapa cantiknya tumbuhan itu apabila ia mengeluarkan bunga yang baharu. Dia mengalihkan pasu tumbuhan itu ke tempat bersebelahan tingkap, memotong daun-daun mati dan menyiram tumbuhan tersebut dengan secukup-nya. Dia juga membubuh baja pada tumbuhan tersebut. Minggu demi minggu dia memeriksa tumbuhan itu, tetapi pucuk baharu tidak kelihatan. “Saya akan menunggu sebulan lagi,” Debbie memberitahu suaminya. “Jika masih tidak ada apa-apa perubahan, saya akan membuangnya.”

Keharuman Kristus

Antara lima deria anda, yang manakah paling boleh menimbulkan memori anda? Bagi saya, sudah semestinya deria hidu. Bau sejenis losyen pelindung matahari akan terus membuat saya teringat pada sebuah pantai di Perancis. Bau ayam penyet membawa saya kembali ke zaman kanak-kanak ketika melawat nenek saya. Bau pokok pain mengatakan “Krismas,” dan bau sejenis losyen selepas bercukur mengingatkan saya waktuanak lelaki saya masih seorang remaja.

Panduan Tuhan

Kami sangat memerlukan panduan daripada Tuhan. Dalam masa yang singkat, kami diminta untuk menjaga dua orang anak kecil selama 3 bulan. Ini merupakan satu keputusan yang perlu dibuat untuk masa depan mereka. Kami sendiri mempunyai tiga orang anak yang lebih tua, oleh itu, untuk menjadi ibu bapa angkat sementara kepada kanak-kanak yang masih kecil ini agak tidak sesuai dengan rancangan hidup kami.Tambahan lagi dengan dua anggota keluarga yang baru, ini memang suatu keputusan yang amat sukar dibuat. Ketika itu buku yang ditulis oleh penginjil, Amy Carmichael, mengarahkan kami kepada beberapa ayat yang tidak biasa kami baca dalam Bilangan 7.

Sila Masuk

Rumah Jenny terletak di tepi jalan kecil sebuah kampung, dan jalan ini selalu digunakan oleh pemandu-pemandu pada masa sibuk untuk mengelakkan jalan utama yang berdekatan dan lampu isyarat. Beberapa minggu yang lalu, pekerja-pekerja buruh datang untuk membaiki permukaan jalan yang rosak dengan membawa sekatan besar dan papan-papan tanda “Dilarang Masuk.” “Saya berasa bimbang pada mulanya,” kata Jenny, “saya ingat saya tidak dapat mengeluarkan kereta dari rumah saya sehingga pembaikan jalan itu siap. Namun, apabila melihat papan tanda dengan lebih dekat, saya menyedari papan tanda tertulisnya, ‘Dilarang Masuk: Jalan Masuk bagi Penghuni Sahaja.’ Maka saya tidak perlu melalui lencongan atau sekatan. Saya berhak masuk dan keluar dari kawasan itu sesuka hati kerana saya tinggal di situ. Saya berasa diri amat istimewa!”

Perkataan Cuai

Anak perempuan saya mempunyai banyak masalah kesihatan baru-baru ini, dan suaminya sangat prihatin dan memberikan sokongan kepada dia. “Anda betul-betul mempunyai khazanah yang berharga!” kata saya.