Anak perempuan saya mempunyai banyak masalah kesihatan baru-baru ini, dan suaminya sangat prihatin dan memberikan sokongan kepada dia. “Anda betul-betul mempunyai khazanah yang berharga!” kata saya.

“Ibu tidak memikirkan seperti itu sewaktu saya mula-mula mengenalinya,” dia berkata sambil bersenyum.

Dia memang benar. Apabila Icilda dan Philip bertunang, saya agak bimbang. Mereka mempunyai personaliti yang berbeza. Kami mempunyai keluarga yang besar dan bising, dan Philip lebih pendiam. Itulah sebabnya saya telah berkongsi keraguan saya dengan anak perempuan saya secara terus terang.

Saya berasa terkejut untuk menyedari bahawa kata-kata saya yang mencari salah, malah dikatakan secara sambil lewa pada 15 tahun yang lalu tetap di dalam ingatannya, bahkan mungkin boleh memusnahkan hubungan mereka yang telah terbuktinya bahagia. Ia mengingatkan saya bahawa kita perlu berhati-hati dengan apa yang kita katakan kepada orang lain. Begitu ramai orang antara kita seringkali cepat mendedahkan apa yang kita anggap sebagai kelemahan keluarga, kawan-kawan, rakan-rakan sekerja, atau memberikan lebih banyak tumpuan ke atas kesilapan mereka, bukan kejayaan mereka. “Lidah kita, meskipun kecil,” kata Yakobus (3:5), namun kata-kata yang diucapkan sama ada boleh memusnahkan hubungan atau membawa kedamaian dan keharmonian kepada tempat kerja, gereja, atau sesebuah keluarga.

Mungkin kita patut menjadikan doa Daud sebagai doa kita sendiri apabila kita memulakan setiap hari: “Ya TUHAN, kawallah mulutku, dan jagalah bibirku” (Mazmur 141:3).