Untuk Ini Aku Ada Yesus
Jarang sekali ada musim yang bebas daripada masalah dalam hidup kita, tetapi kadang-kadang serangan hebat itu menakutkan.
Tuhan Sangat Mengasihi …
Pada 28 Julai 2014, inilah tarikh yang menandakan ulang tahun ke-100 sejak permulaan Perang Dunia Pertama. Dalam media British, terdapat banyak perbincangan serta dokumentari yang menayangkan bermulanya konflik selama 4 tahun tersebut. Program televisyen, Mr. Selfridge, pun berdasarkan sebuah pusat membeli-belah yang sebenar di London, termasuklah satu episod yang memaparkan para pekerja lelaki muda pada tahun 1914 sedang berbaris untuk turut berperang secara sukarela. Ketika saya melihat gambaran akan kerelaan mereka untuk berkorban diri ini, saya berasa terharu. Para askar yang ditunjukkan adalah sangat muda, bersemangat, dan kemungkinan besar tidak dapat kembali dari medan peperangan.
Siapa Jiran Saya?
Mary suka dengan pertemuan pertengahan minggu di gerejanya. Pada masa itu dia dan beberapa kawan berkumpul untuk berdoa, menyanyi, dan membincangkan soalan berdasarkan khutbah minggu sebelumnya. Minggu itu mereka akan berbincang tentang perbezaan antara “pergi” ke gereja dan “menjadi anggota” gereja di dunia yang menyakitkan. Dia sangat ingin berjumpa rakan-rakannya dan mengadakan perbincangan yang bersemangat.
Cara Saya
Ada dua orang budak lelaki sedang bermain satu permainan yang susah dengan menggunakan kayu dan tali. Selepas beberapa minit, budak yang lebih tua berpaling ke arah kawannya dan menengking, “Kamu tidak main dengan betul. Ini permainan saya dan kita kena main ikut cara saya. Kamu tidak boleh main lagi!” Keinginan untuk melakukan apa-apa mengikut cara kita sendiri bermula sejak kecil!
Berjalan Di Atas Air
Semasa saya belajar belayar, saya terpaksa berjalan di sepanjang platform terapung yang betul-betul bergoyang-goyang untuk sampai ke bot-bot kecil, tempat pembelajaran kami. Saya benar-benar tidak menyukainya. Saya tidak pandai menyeimbangkan badan dan takut kalau-kalau saya jatuh di antara platform dan bot itu ketika saya cuba masuk ke dalamnya. Saya hampir putus asa. “Tumpukan mata kamu kepada saya,” kata jurulatih itu. “Saya di sini, saya akan memegang kamu jika kamu terjatuh.” Saya melakukan seperti apa yang dikatakannya. Kini saya berasa bangga sebagai seorang pemilik sijil kecekapan pelayaran asas!
Terperangkap Dalam Lumpur
Kami benar-benar terperangkap! Sementara saya meletakkan kalungan bunga di tempat kubur ibu bapa saya, suami saya meletakkan kereta di tepi jalan untuk membolehkan kereta lain lalu. Hujan telah turun selama berminggu-minggu dan kawasan tempat letak kereta berlumpur. Apabila kami bersedia untuk meninggalkan tempat itu, kereta kami tersekat. Roda berputar, tetapi ia tenggelam lebih mendalam.