Pada 28 Julai 2014, inilah tarikh yang menandakan ulang tahun ke-100 sejak permulaan Perang Dunia Pertama. Dalam media British, terdapat banyak perbincangan serta dokumentari yang menayangkan bermulanya konflik selama 4 tahun tersebut. Program televisyen, Mr. Selfridge, pun berdasarkan sebuah pusat membeli-belah yang sebenar di London, termasuklah satu episod yang memaparkan para pekerja lelaki muda pada tahun 1914 sedang berbaris untuk turut berperang secara sukarela. Ketika saya melihat gambaran akan kerelaan mereka untuk berkorban diri ini, saya berasa terharu. Para askar yang ditunjukkan adalah sangat muda, bersemangat, dan kemungkinan besar tidak dapat kembali dari medan peperangan.

Walaupun Yesus tidak berperang dengan musuh duniawi, Dia pergi ke kayu salib untuk mengalahkan musuh utama—dosa dan kematian. Yesus datang ke bumi untuk menunjukkan kasih Tuhan yang bertindak dan kematian-Nya yang dahsyat, agar dosa kita diampuni. Dia juga bersedia untuk mengampuni mereka yang telah menyakiti serta menolak Dia (Lukas 23:34). Dia menguasai kematian dengan kebangkitan-Nya dan sekarang kita dapat menjadi anggota keluarga Tuhan untuk selama-lamanya (Yohanes 3:13-16).

Perayaan ulang tahun dan upacara memorial mengingatkan kita kepada acara-acara bersejarah dan kisah-kisah wira. Salib mengingatkan kita tentang kesengsaraan dalam kematian Yesus serta keindahan dalam pengorbanan-Nya untuk penyelamatan kita.