Belajar Untuk Mengasihi Orang
Kasih bukan sahaja boleh menjadikan “dunia ini berputar,” seperti seni kata dalam sebuah lagu lama. Ia juga membuat hati kita mudah tersinggung. Kadang-kadang kita mungkin akan berfikir: “Mengapa saya harus mengasihi orang lain jika mereka tidak menghargai saya?” atau “Mengapa saya harus mengasihi mereka dan membiarkan diri untuk dilukai?” Namun, rasul Paulus memberikan alasan yang jelas dan ringkas supaya kita terus mengejar kasih: “Sementara ini ada tiga perkara yang harus tetap dilakukan: percaya, berharap, dan mengasihi orang lain. Tetapi yang paling penting daripada ketiga-tiganya adalah mengasihi orang lain. Oleh itu, kamu harus berusaha untuk mengasihi orang lain” (1 Korintus 13:13–14:1).
Tuhan, Tolong!
Saya sangat gembira ketika diberitahu bahawa kawan saya akan menjadi seorang ibu. Kami menghitung hari-hari bersama sehingga ke saat kelahiran. Namun, apabila bayi itu mengalami kecederaan otak semasa dilahirkan, hati saya hancur dan tidak tahu bagaimana untuk berdoa. Saya hanya tahu kepada siapa yang saya harus berdoa—Tuhan. Dia ialah Bapa kita, dan Dia mendengar apabila kita berseru kepada-Nya.
Mengetahui Dan Melaksanakan
Ahli falsafah Cina, Han Feizi, telah menulis pemerhatian ini tentang kehidupan: “Mengetahui fakta adalah mudah; mengambil tindakan berdasarkan fakta adalah susah.”
Berdoa Seperti Pelari Maraton
Adakah anda bergelut untuk mengekalkan kehidupan doa yang konsisten? Kebanyakan orang mempunyai pergelutan yang sama. Kita tahu bahawa doa adalah penting, tetapi ia juga boleh menjadi amat sukar. Kadangkala kita mengalami detik-detik doa yang mendalam dengan Tuhan, kadangkala pula doa seolah-olah menjadi rutin harian yang dilakukan tanpa berfikir. Mengapa-kah kita begitu bergelut dalam kehidupan doa kita?
Yesus Menangis
Saya terlalu fokus dalam membaca sebuah buku sehingga kawan saya tunduk ke arah saya untuk melihat apa yang sedang saya baca. Hampir serta-merta, dia tersentak dan memandang saya dengan terkejut. “Sedihnya tajuk buku itu!” dia berkata. Masa itu saya sedang membaca “The Glass Coffin” (Keranda Kaca) dalam buku Grimm’s Fairy Tales (Cerita Dongeng Grimm), perkataan keranda telah membuat dia gelisah. Kebanyakan kita tidak suka diingatkan tentang kematian. Akan tetapi, hakikatnya, antara 1,000 orang, 1,000 orang akan mati.
Saya Bekerja Untuk Siapa?
Henry bekerja 70 jam seminggu. Dia menyukai pekerjaannya dan membawa balik gaji yang lumayan untuk menampung keperluan keluarganya. Dia selalu mempunyai rancangan untuk mengurangkan kerjanya, tetapi dia tidak pernah melakukan sedemikian. Pada suatu petang, dia membawa balik suatu berita gembira—dia telah dinaikkan pangkat ke jawatan tertinggi dalam syarikatnya. Tetapi tidak ada orang di rumah. Setelah bertahun-tahun, anak-anaknya telah menjadi dewasa dan sudah berpindah keluar dari rumah, isterinya pula mempunyai kerjayanya sendiri, sekarang rumahnya kosong. Tidak ada sesiapa boleh berkongsi berita gembira tersebut dengannya.
Pengulangan Yang Positif
Seorang wartawan mempunyai tabiat yang aneh—dia tidak memakai pen biru. Maka apabila rakan sekerja bertanya kepadanya jika dia ingin membeli sebarang benda, dia meminta rakan itu membelikannya pen. “Tetapi saya tidak mahu pen biru,” katanya. “Saya tidak memakai pen biru. Saya tidak suka biru. Biru adalah warna yang seakan-akan terlalu berat bagi saya. Oleh itu, sila belikan saya 12 batang pen mata bulat—sebarang warna kecuali warna biru!” Pada keesokan hari, rakan sekerja itu memberikannya pen itu—kesemua pen itu adalah pen berdakwat biru. Rakan sekerja itu pun menerangkan, “Kamu asyik menyebut tentang ‘biru, biru.’ Itulah perkataan yang meninggalkan tanggapan yang mendalam!” Pengulangan kata-kata wartawan itu menimbulkan satu kesan, tetapi tidak mendatangkan hasil yang diinginkannya.
Resipi Nenek
Banyak keluarga mempunyai resipi rahsia, cara tersendiri untuk memasak suatu lauk dan menjadikannya lebih enak. Sebagai orang Hakka (kumpulan etnik Cina saya), kami mempunyai satu hidangan tradisional yang dikenali sebagai manik sempoa, kerana hidangan ini kelihatan seperti manik. Anda mesti mencuba masakan ini!
Suara Iman
Berita itu menjadikannya kaku. Air mata mengalir dengan serta-merta dan dia tidak dapat menahannya. Fikirannya dibanjiri soalan, dan ketakutan mula mengancamnya. Sebelum itu, kehidupan berjalan dengan begitu baik, tetapi tiba-tiba semua itu telah terganggu dan diubah selamanya tanpa sebarang amaran.