Penulis

Lihat semua
Poh Fang Chia

Poh Fang Chia

Poh Fang Chia tidak pernah berazam untuk memegang profesion yang berkaitan dengan bahasa; kimia ialah bidang kegemarannya. Namun titik perubahan berlaku apabila dia menerima Yesus sebagai Penyelamatnya pada umur 15 tahun, malah dia memberitahu Yesus bahawa dia ingin menerbitkan buku yang boleh menjangkau kehidupan orang lain. Dia melayani di Our Daily Bread Ministries Singapura sebagai editor naskhah dan jawatankuasa ulang kaji bagi editorial bahasa Cina. Poh Fang berkata, “Tuhan yang memberikan inspirasi kepada aku—Dia membantu aku ingat akan apa yang telah lihat, dengar, baca dan alami dalam hidup, agar aku menggunakan semua unsur ini dalam penulisan. Aku betul-betul suka mengkaji firman Tuhan dan mencari ayat-ayat Alkitab yang membangkitkan sudut pandangan yang baharu, menjawab soalan-soalan yang meluap dalam minda saya, serta menghadapi soalan kehidupan. Aku berdoa agar penulisan aku boleh membantu para pembaca menyedari Alkitab itu hidup dan akan bertindak balas kepada firman Tuhan yang berkuasa mengubah kehidupan.

Artikel oleh Poh Fang Chia

Tolaklah Sikap Acuh Tidak Acuh

Bilik itu dihiasi dengan pelbagai warna menarik apabila wanita-wanita cantik yang memakai sari berkerumun di situ sambil bersolek pada masa terakhir sebelum bermulanya acara pengutipan dana. Berasal dari India, wanita-wanita ini sekarang tinggal di Amerika Syarikat. Walaupun demikian, mereka masih mengambil berat tentang negara asal mereka. Setelah mendengar tentang masalah kewangan di sebuah sekolah Kristian untuk anak-anak autistik di India, mereka bukan sahaja mendengar tentang keperluan itu, tetapi juga mengambil berat lalu bertindak dengan melakukan sesuatu.

Keperluan Untuk Firman Tuhan

A-poe-la-pi adalah seorang penduduk yang berumur lanjut dari puak Akha, satu puak berasal dari bukit dan tinggal di pergunungan wilayah Yunnan di China. Apabila kami melawat dia pada satu lawatan misi baru-baru ini, A-poe-la-pi memberitahu kami bahawa dia tidak dapat menghadiri kelas Alkitab mingguan baru-baru ini disebabkan hujan lebat. Oleh itu, dia merayu kepada kami, “Bolehkah kamu berkongsi firman Tuhan dengan saya?”

Cahaya-Cahaya Lembut

Wang Xiaoying (disebut sebagai Shao-ying) tinggal di kawasan pedalaman negara China dalam Wilayah Yunan. Kerana masalah kesihatan, suaminya tidak dapat bekerja di ladang dan ini membebankan keluarga mereka. Ibu mertuanya seringkali mengatakan bahawa segala masalah ini adalah disebabkan oleh iman Xiaoying dalam Tuhan. Maka Xiaoying dilayan dengan teruk dan dia disuruh kembali kepada agama tradisi nenek moyangnya.

Bukan Kekhuatiran Saya

Seorang lelaki sentiasa bimbang tentang segala sesuatu. Kemudian suatu hari kawan-kawannya mendengar dia bersiul gembira dan kelihatan lebih santai. “Apa yang berlaku?” Mereka bertanya kepadanya dalam kekaguman.

Hujan Mukjizat

Kehidupan adalah sukar bagi penduduk yang tinggal di sebuah kawasan berbukit di Wilayah Yunnan China. Sumber utama makanan mereka adalah jagung dan beras. Tetapi pada bulan Mei 2012 kemarau yang teruk melanda rantau ini dan tanaman di sana layu. Semua orang bimbang, dan banyak amalan karut telah dijalankan oleh penduduk yang cuba menamatkan kemarau. Apabila tidak berhasil, orang ramai mula menyalahkan lima orang Kristian di kampung itu yang dituduh menyinggung perasaan roh-roh nenek moyang.

Tidakkah Tuhan Peduli?

Mengapakah seorang pemandu yang mabuk tidak cedera dalam kemalangan, tetapi mangsanya yang tidak mabuk cedera teruk? Mengapakah orang jahat berjaya sementara orang baik sengsara? Berapa kerapkah anda keliru dengan hal-hal yang berlaku dalam hidup anda sehingga anda menyeru, “Tidakkah Tuhan peduli?”

Kekuatan dalam Kesatuan

Seorang lelaki sedang menaiki sebuah kereta api di Perth, Australia. Tiba-tiba dia terjatuh dan kakinya tersangkut di ruang antara gerabak kereta api dan landasan stesen. Ramai penumpang segera datang untuk menolongnya. Mereka menggunakan sepenuh tenaga mereka untuk menggerakkan sedikit badan kereta api agar ia menjauhi landasan tersebut, kemudian lelaki yang terperangkap itu pun terlepas! Jurucakap bagi pihak perkhidmatan kereta api itu, David Hynes, berkata dalam temu bual, “Semua orang turut membantu. Kekuatan kumpulan itu yang telah menyelamatkan nyawa seseorang daripada mengalami kecederaan parah.”

Tidak Lagi!

Sementara saya membaca mesej teks pada telefon bimbit saya, suhu badan saya mula meningkat dan darah saya mula mendidih. Saya hampir mengirimkan mesej jahat apabila suara hati memberitahu saya supaya bertenang dan membalasnya esok. Keesokan paginya selepas tidur malam yang baik, isu yang sungguh mengecewakan saya kelihatan amat remeh. Saya telah membesar-besarkannya kerana saya tidak mahu meletakkan kepentingan orang lain lebih dahulu daripada diri saya sendiri. Saya tidak mahu menyusahkan diri untuk membantu orang lain.

Orang Biasa

Gideon ialah orang biasa. Kisah hidupnya yang tercatat dalam kitab Hakim-Hakim 6, memberikan ilham kepada saya. Dia seorang petani, malah seorang petani yang penakut pula. Apabila TUHAN menyuruh dia membebaskan Israel daripada orang Midian, respons awal Gideon ialah, “Tetapi Tuhan bagaimana mungkin aku menyelamatkan umat Israel? Puakku yang paling lemah di kalangan suku Manasye. Lagipun, akulah yang paling tidak penting dalam keluargaku” (Hakim-Hakim 6:15). Tuhan berjanji bahawa Dia akan menyertai Gideon dan Gideon akan berjaya melakukan perkara yang disuruh oleh Tuhan (ayat 16). Ketaatan Gideon membawa kemenangan ke Israel, dan dia disenaraikan sebagai salah seorang wira kerana dia beriman (Ibrani 11:32).