Kerinduan Sejati dan Mendalam
Reepicheep, seekor tikus yang bersuara nyaring, mungkin ialah watak yang paling berani dalam filem The Chronicles of Narnia (Riwayat Narnia). Dia menyerang dalam pertempuran dengan mengayunkan pedang kecilnya. Dia tidak takut ketika menaiki kapal Dawn Treader dan menuju ke Pulau Kegelapan. Apakah rahsia bagi keberanian Reepicheep? Dia sangat berkeinginan untuk pergi ke negara Raja Aslan. “Itulah kerinduan saya,” katanya. Reepicheep tahu apa kerinduan sebenarnya, dan ini membawa dia kepada rajanya.
Tidak Lagi Berasa Takut
Sewaktu polis Ethiopia menemui seorang gadis yang diculik selepas seminggu, didapati bahawa ada tiga ekor singa jantan bersurai hitam mengelilinginya sambil menjaganya seolah-olah gadis itu ialah anak sendiri. 7 orang lelaki telah menculik dan membawa gadis berusia 12 tahun itu ke dalam hutan serta memukulnya. Ajaib sekali, ada sekawan kecil singa telah mendengar tangisan gadis tersebut lalu muncul dan mengusir para penyerang itu. “[Singa-singa] melindungi gadis itu sehingga kami menemuinya lalumeninggalkan gadis itu seperti hadiah, dan selepas itu kembali ke hutan,” kata seorang sarjan polis, Wondimu kepada seorang wartawan.
Benih Rahmat Tuhan
Selama hampir 4 dekad, seorang lelaki di India telah bekerja keras untuk mengusahakan tanah berpasir yang terbiar. Dia melihat bagaimana hakisan dan perubahan ekosistem telah memusnahkan pulau yang terbentuk di atas sungai kesayangannya, maka dia mula menanam pokok pada satu masa yang tetap, pokok buluh dan kemudian kapas. Sekarang tempat itu menjadi hutan yang subur dan habitat bagi banyak hidupan liar yang mengisi keluasan lebih daripada 526 hektar. Walau bagaimanapun, lelaki tersebut menegaskan bahawa kelahiran semula tempat itu bukan disebabkan oleh usahanya. Dia mengakui pembentukan alam semula jadi, dia berasa kagum bagaimana biji benih dibawa ke tanah yang subur oleh angin. Burung dan haiwan juga terlibat dalam menyemai biji benih, dan sungai-sungai turut menyumbang dalam menyuburkan tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok.
Pelakon Utama
Saya pernah mendengar tentang seorang pelajar yang mengambil kelas berkhutbah di sebuah seminari yang terkenal. Pelajar itu ialah seorang pemuda yang agak sombong, walaupun khutbahnya disampaikan dengan kefasihan dan semangat yang nyata. Dia duduk dengan puas hati, dan profesornya diam sejenak sebelum memberi respons. “Itu khutbah yang penuh kuasa,” katanya. “Khutbah anda teratur dan mengharukan. Satu-satu masalahnya, Tuhan bukanlah subjek utama dalam satu pun ayat anda.”
Berjalan Mundur
Saya terjumpa sebahagian gulungan filem daripada sebuah pekerja filem berita British. Filem itu telah menangkapkan gambaran Flannery O’Connor yang berumur 6 tahun di ladang keluarganya pada tahun 1932. Flannery, yang kemudian menjadi penulis Amerika Syarikat yang terkenal, telah membuatkan pasukan filem tersebut tertanya-tanya kerana dia telah mengajar seekor ayam berjalan mundur. Selain aksi yang luar biasa itu, saya berpendapat bahawa sejarah yang ringkas ini merupakan metafora yang sempurna. Disebabkan pengetahuan kesusasteraan dan kepercayaannya, Flannery jelas sekali telah menghabiskan masa selama 39 tahun berjalan “ke belakang”, ini kerana dia berfikir dan menulis dengan cara yang bertentangan dengan arus budaya pada zamannya. Para penerbit dan pembaca amat bingung akan tema-tema dalam karya penulisannya yang berdasarkan Alkitab yang sering bertentangan dengan pandangan agama yang diharapkan mereka.
Kisah Sedih
Dengan sedihnya, kejahatan yang lama disembunyikan—penganiayaan seks yang dilakukan oleh lelaki yang berkuasa ke atas ramai wanita—telah didedahkan. Sewaktu saya membaca tajuk-tajuk utama berita, hati saya berasa kecewa apabila saya mendengar tuduhan penganiayaan oleh dua orang lelaki yang saya kagumi telah terbukti benar. Jemaah Kristian juga tidak dikecualikan daripada menghadapi isu-isu ini.
Melengkapkan Segalanya
Dalam dokumentari Look & See: Apotrait of Wendell Berry, penulis buku Barry menggunakan perceraian ” untuk menggambarkan keadaan dunia kita. Kita terpisah daripada satu sama lain. Terpisah daripada sejarah dan tanah air kita. Perkara-perkara yang sepatutnya berada dalam keadaan yang lengkap, telah terpisah. Apabila ditanya tentang apa yang kita harus lakukan dengan kenyataan yang menyedihkan ini, Berry berkata, “Kita tidak dapat menyatukan semua perkara. Kita hanya mengambil dua perkara dan meletakkannya bersama.” Kita mengambil dua perkara yang sudah hancur terpisah dan menyatukannya semula.
Tuhan Terlebih Besar
Giles Kelmanson, seorang renjer hidupan liar Afrika Selatan, menceritakan satu senario yang hebat. Dua ekor bejar madu bertarung dengan enam ekor singa. Walaupun jumlah singa itu lebih banyak, namun dua ekor bejar madu tersebut tetap melawan kerana tidak mahu mengalah kepada pemangsa buas yang bersaiz sepuluh kali lebih besar. Kumpulan singa menyangka bahawa pemburuan ini dapat menang dengan mudah, akan tetapi klip video menunjukkan bahawa bejar madu berjaya melarikan diri dengan begitu lagaknya.
Menghapuskan Suasana Sedih
Sebuah nahas kereta menggoncangkan kehidupan Mary Ann Franco. Walaupun dia terselamat, kecederaan itu menyebabkan dia buta sepenuhnya. “Apa yang saya dapat lihat ialah kegelapan,” jelas Franco. 21 tahun kemudian, dia mengalami kecederaan belakangnya ketika terjatuh. Selepas dia sedar daripada pembedahan (yang tidak ada kena-mengena dengan matanya), penglihatannya telah dipulihkan secara ajaib! Untuk pertama kalinya dalam lebih daripada dua dekad, Franco melihat wajah anak perempuannya. Pakar bedah menegaskan bahawa tiada penjelasan saintifik bagi pemulihan penglihatannya itu. Kegelapan yang seolah-olah tidak dapat diubah telah bertukar kepada keindahan dan terang.