Category  |  Pedoman Harian

Mengharapkan Kebahagiaan

Dalam tulisan blognya yang bertajuk “Regrets of the Dying” (Penyesalan Manusia Menjelang Kematian), Bronnie Ware mencoretkan kata-kata penyesalan daripada para pesakitnya semasa dia bekerja sebagai jururawat yang menjaga pesakit tenat. Antara penyesalan itu ialah “Kalau saya tahu, elok lagi saya tak usah bekerja begitu kuat” dan “Alangkah baiknya kalau saya terus-menerus berhubung dengan kawan-kawan saya selama ini” Yang paling menarik: “Kalau saja selama ini saya biarkan diri sendiri berasa lebih bahagia.”

Sentuhan Yesus

Letty, seorang pembersih yang bertugas di sebuah bangunan pejabat, dikenali kerana dia berjalan dengan laju—memang sangat laju. Dengan cara ini, dia boleh sahaja mengelak daripada berinteraksi dengan orang lain. Hatinya terluka kerana kehidupannya yang susah dan terbiasa dipandang rendah oleh orang lain. Oleh itu dia sering berjalan sambil menutup sebahagian wajahnya. Dia menyimpan rasa malu yang sangat mendalam, “Aku tidak seperti kebanyakan orang, yang mereka cantik dan belajar tinggi,” katanya. Namun, apabila seorang wanita di tempat kerja secara inisiatif berkawan dengannya, Letty mula pulih dan sembuh secara dalaman.

Menggali Hikmat Tuhan

Sebuah pasukan pembinaan di Florida yang sedang menjalankan projek saluran air bernilai $42 juta telah menemui satu khazanah yang berharga. Jauh di dalam tanah, mereka menjumpai sebuah bot nelayan pada abad 1800-an yang masih terpelihara dengan baik. Kapal tersebut mengandungi artifak-artifak yang menarik, termasuk sebahagian pelita minyak tanah, cawan minuman yang diperbuat daripada tempurung kelapa, dan syiling-syiling. Kapal itu sedang dikaji dengan teliti supaya dapat memberikan maklumat tentang kesan kehidupan yang wujud di kawasan tersebut lebih daripada seratus tahun yang lalu. “[Ini] bukan sekadar sebuah kapal biasa. Ia telah “menyaksikan” kehidupan orang biasa pada suatu ketika,” kata seorang ahli arkeologi maritim. Dengan menggali lebih dalam, pengetahuan dan hikmat yang berharga telah diperoleh.

Tabut yang Hilang

Gereja Pastor Jeff telah mengadakan retret musim luruh di sebuah tapak perkhemahan yang berhampiran dengan rumah saya. Suatu hari dia berjalan-jalan bersama anak lelaki saya, yang menuntun dia melalui satu laluan di hutan dan menuju ke halaman luar sebuah gereja kecil. Tiba-tiba, mereka terserempak dengan tabut perjanjian! Sudah tentunya itu bukanlah tabut yang sebenar, tetapi sebuah replika yang bersaiz sebenar dan berwarna keemasan. Suami saya mula membina tabut ini beberapa tahun yang lalu atas galakan Jeff, dan baru-baru ini disiapkan oleh anak lelaki saya sebagai satu kejutan.