Betul-Betul Mengagumkan!

KEBENARAN YANG PALING AJAIB—HANYA DENGAN BERFIKIR BAHAWA YESUS MENGASIHIKU.

Saya membaca kata-kata ini di halaman Facebook seorang wanita: “Saya hanya mahu dikasihi—dan lelaki itu haruslah luar biasa!”

Bukankah itu yang kita semua inginkan—mahu dikasihi, dipedulikan oleh seseorang? Lebih-lebih lagi jikalau lelaki ataupun perempuan itu luar biasa!

Satu-satunya yang sepadan dengan gambaran itu adalah Yesus Kristus. Dengan paparan kasih yang tidak pernah berlaku sebelumnya, Dia meninggalkan Bapa-Nya yang di syurga dan datang ke dunia sebagai bayi. Kemudian, selepas menjalani kehidupan yang tidak berdosa, Dia memberikan nyawa-Nya sebagai persembahan kepada Tuhan pada kayu salib bagi pihak kita. Dia mengambil alih tempat kita kerana kita perlu diselamatkan daripada dosa kita dan hukuman mati. “Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa” (Roma 5:8). Itulah kasih-Nya yang ditunjukkan melalui pengorbanan teragung. Tiga hari kemudian, Bapa membangkitkan Yesus daripada kematian.

Apabila kita mengakui dosa dan menerima pemberian kasih Yesus yang mengagumkan, Dia menjadi Penyelamat dan Tuhan, Guru dan Sahabat kita. “Ketahuilah bahawa Allah Bapa sangat mengasihi kita! Dia amat mengasihi kita, sehingga kita diakui sebagai anak-anak Allah” (1 Yohanes 3:1).

Adakah anda sedang mencari seseorang untuk mengasihi anda? Yesus amat mengasihi kita dan kasih-Nya melebihi kasih yang dapat diberikan oleh sesiapa pun. Dia memang benar-benar hebat! — OLEH ANNE CETAS

Ikuti rancangan pembacaan 5 hari, sempena Hari Paska dan Hari Easter 2019. Mari kita bersama-sama merenungkan Pengorbanan Teragung itu dan naikkanlah ucapan syukur kita kepada-Nya.


Rancangan Pembacaan 5 Hari


Hari ke-1: Menderita Demi Kebaikan Kita


Hari ke-1: Menderita Demi Kebaikan Kita

Kita hanya boleh memahami sedikit tentang misteri yang dialami oleh Penyelamat kita. Namun kita percaya dan bersukacita dalam keyakinan bahawa Dia menanggung segala hukuman bagi dosa kita. Penderitaan Kristus yang paling mendalam telah menjadi sukacita kita yang terbesar.



Hari ke-2: Pandang dan Senyaplah


Hari ke-2: Pandang dan Senyaplah

Pada Hari Easter ini, marilah kita mengambil masa untuk merenungkan kematian Yesus kerana kita tahu bahawa kata-kata dan puisi sahaja tidak cukup untuk mengungkapkan perasaan syukur kita dan menghuraikan kasih Tuhan. Renungkan pengorbanan-Nya di atas kayu salib.



Rancangan Pembacaan Hari Ke-3


Hari ke-3: Bermula Dengan Easter

Kita berharap bahawa air mata yang telah kita titiskan, pergelutan yang kita tanggung, kesakitan emosi, kehancuran hati akibat kehilangan kawan dan orang yang dikasihi, kesemua ini menjadi kenangan, seperti parut-parut Yesus. Parut-parut Yesus tidak akan lenyap sepenuhnya, tetapi rasa sakit itu sudah hilang. Easter memberikan kita permulaan yang baru.



Hari ke-4: Easter Setiap Hari


Hari ke-4: Easter Setiap Hari

“Kristus mati kerana dosa kita … Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula” (1 Korintus 15:3-4). Dia sudah janji bahawa Dia sedang menyediakan tempat untuk kita (Yohanes 14:1-4), dan Dia pasti akan kembali. Kita akan bersama-sama dengan Penyelamat yang hidup pada suatu hari nanti. Kita mempunyai sebab untuk merayakan kebangkitan Penyelamat kita.



Hari ke-5: Kemenangan atas Kematian!


Hari ke-5: Kemenangan atas Kematian!

Pengorbanan-Mu adalah pengorbanan yang teragung. Engkau memberikan nyawa-MU bagi dosa kami agar kami memperoleh hidup. Kami bersyukur kerana Engkau mati dan hidup semula, kami mendapat harapan bahawa pada suatu hari nanti, kami akan bersama Engkau di tempat yang tidak ada kematian lagi. Kematian-Nya memberikan kita kemenangan.





Kisah Tentang Harapan

Kita hidup di dunia yang penuh dengan konflik dan krisis. Setiap hari kita membaca berita-berita tentang peperangan, kemiskinan, jenayah, penyakit, bencana alam dan kemelesetan ekonomi. Masihkah ada harapan? Apakah itu harapan? Dari manakah kita mendapatkan harapan yang sesungguhnya? Mari baca Kisah Tentang Harapan. Anda boleh membaca dalam talian atau muat turun "Kisah Tentang Harapan" dan mengongsikannya kepada rakan yang lain.