Yesus Melebihi Adat dan Budaya

Pesta Kaamatan dan Gawai Dayak dirayakan setiap tahun oleh masyarakat Orang Asal Sabah dan Sarawak. Terdapat banyak adat atau upacara yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas kedua-dua pesta ini. Upacara ini sangat berkaitan dengan kepercayaan tradisional masyarakat Sabah dan Sarawak, khususnya nenek moyang mereka. Pada hari ini, ramai Orang Asal Sabah dan Sarawak telah menjadi Kristian masih menyambut perayaan ini kerana ini merupakan identiti mereka. Namun, kebanyakan mereka tidak lagi mengikuti atau mempercayai upacara-upacara yang dilakukan oleh nenek moyang mereka.

Sebagai orang Kristian, kita masih boleh menikmati budaya dan adat resam nenek moyang kita tetapi harus tunduk dan hidup setia di bawah autoriti Kristus. Kita perlu mengetahui makna tersirat atau sebab pengamalan adat-adat tersebut kerana bagi kita yang sudah dilahirkan baharu, kita tidak lagi terikat atau perlu mengikuti adat yang tidak mewakili Kristus. Terdapat lima adat atau upacara yang dilakukan semasa pesta Kaamatan dan Gawai Dayak. Bagaimanakah Kristian melihat kelima-lima adat ini dari sudut Alkitab?

5 Adat dan Budaya Kaamatan dan Gawai

 

Magavau dan Miring

Kedua-dua upacara ini mempunyai persamaan iaitu pemujaan dan memberikan persembahan kepada tuhan atau roh (semangat). Sebagai Kristian yang menyambut, bagaimanakah kita dapat menunjukkan rasa syukur kita kepada Yesus atas berkat-Nya?

Klik Untuk Selanjutnya

 

Unduk Ngadau serta Kumang & Keling

Ini merupakan acara pertandingan ratu cantik bagi memilih pemenang yang akan melambangkan tokoh kebanggaan atau dewa mereka. Bagaimanakah kita melihat ini dari sudut Alkitab?

Klik Untuk Selanjutnya

 

Berpesta

Semasa pesta menuai, antara acara popular adalah meminum arak tradisional. Apakah mesej Alkitab tentang kebiasaan ini?

Klik Untuk Selanjutnya

 

Minum “Ai Pengayu”

“Ai pengayu” diminum untuk memohon umur panjang dan kesihatan daripada petara. Siapakah pemberi nafas dan hidup manusia?

Klik Untuk Selanjutnya

 

Mengelilingi Ranyai

Ini merupakan simbolik kemeriahan pesta Gawai dan memohon tuah dan berkat daripada petara menurut kepercayaan tradisional masyarakat Iban. Apakah permohonan anda daripada Tuhan yang hidup sempena pesta menuai pada tahun ini?

Klik Untuk Selanjutnya