Jam penggera berbunyi. Terlalu awal lagi. Namun, hari yang sibuk baru bermula. Anda perlu melakukan banyak kerja, menghadiri banyak pertemuan, memerhatikan keperluan ramai orang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, anda tidak keseorangan. Setiap hari, kebanyakan kita perlu mengendalikan satu demi satu perkara dengan segera.

Apabila rasul-rasul pulang dari perjalanan misi mereka yang pertama, mereka membawa kembali banyak laporan. Namun, Markus tidak merekodkan penilaian Yesus terhadap kerja-kerja para pengikut; sebaliknya, dia memfokuskan kepedulian-Nya yang meminta para rasul untuk berehat sekejap. Yesus berkata, “Marilah kita pergi ke tempat yang sunyi supaya kita dapat sendirian dan kamu pun boleh berehat sekejap” (6:31).

Akhirnya, kita dapat menemui rehat yang sejati dengan mengenal hadirat Tuhan dan percaya kepada-Nya. Semasa kita menjalankan tanggungjawab kita dengan serius, kita tahu bahawa kita boleh bertenang dan menyerahkan kerja dan kerjaya, keluarga dan pelayanan kita kepada Tuhan dengan beriman. Kita boleh mengambil masa untuk mengetepikan perkara yang mengalihkan perhatian kita, dan melenyapkan kebimbangan, dan memikirkan kasih dan kesetiaan Tuhan yang agung dengan hati yang bersyukur.

Maka, berehat sekejap dan tarik nafas. Nikmatilah rehat yang sepenuhnya.