Bulan: September 2016

Iman Yang Benar

“Pembina Koboi” adalah istilah yang digunakan oleh ramai pemilik rumah di Britain untuk menggambarkan pekerja yang melakukan kerja pembinaan dengan tidak bagus. Istilah ini dipakai dengan perasaan takut atau kesal, selalunya disebabkan oleh pengalaman buruk.

Tiada “Syarat”

Tiada “Syarat”

Baca: Yohanes 3:16

Sesetengah kanak-kanak berasa bosan untuk pergi ke pasar bersama ibu. Mereka tidak dapat mengerti sebab ibu mereka mengambil masa yang lama untuk memilih buah mangga sedangkan setiap buah itu kelihatan sama. Sebenarnya, ibu memilih dengan lama kerana dia ada senarai “syarat” yang perlu dipertimbangkan. Menurut pakar psikologi, kita juga membuat satu senarai tanpa kesedaran dalam hal jatuh…

Siapakah Tuhan kita

Siapakah Tuhan kita

Baca: Yohanes 3:16

Individu yang berbeza mempunyai tanggapan yang berbeza terhadap Tuhan. Contohnya, ada yang memikirkan bahawa Dia hanya merupakan suatu kuasa yang tiada perasaan, ada yang mengatakan Dia terlalu jauh, sehingga mustahil untuk mengenal Dia. Budaya dan tradisi juga dapat membentuk persepsi kita, malah selalu mengubah Tuhan kepada seseorang dewa tempatan tertentu berdasarkan suatu kumpulan etnik atau kawasan.…

Sejauh Lemparan Batu

Antara lima deria anda, yang manakah paling boleh menimbulkan memori anda? Bagi saya, sudah semestinya deria hidu. Bau sejenis losyen pelindung matahari akan terus membuat saya teringat pada sebuah pantai di Perancis. Bau ayam penyet membawa saya kembali ke zaman kanak-kanak ketika melawat nenek saya. Bau pokok pain mengatakan “Krismas,” dan bau sejenis losyen selepas bercukur mengingatkan saya waktuanak lelaki saya masih seorang remaja.

Mendoakan Untuk Anda Hari Ini

Babak-babak terakhir yang bersejarah dalam Perjanjian Lama dijelaskan dalam kitab Ezra dan Nehemia semasa Tuhan membenarkan umat Israel pulang daripada pembuangan dan menetap semula di Yerusalem. Kota Daud dipenuhi semula dengan keluarga-keluarga orang Ibrani, sebuah Rumah TUHAN yang baru dibina, dan dinding rosak dibaiki.