Apabila kita mengalami situasi yang rumit atau masalah yang sukar, kita sering kali meminta saudara dan saudari dalam Kristus untuk berdoa bagi kita. Itu menjadi pendorong kepada kita bahawa ada orang yang mempedulikan kita dan berdoa kepada Tuhan bagi kita. Tetapi bagaimana kalau anda tidak mempunyai rakan Kristian yang rapat? Mungkin anda tinggal di kawasan yang menentang Injil Kristus. Siapakah yang akan berdoa untuk kamu?

Roma 8, salah satu bab pengisytiharan kemenangan terhebat dalam Alkitab berkata, “Kita tidak tahu bagaimana kita patut berdoa; Roh itu sendiri bermohon kepada Allah dengan erangan yang tidak dapat diutarakan dengan kata-kata … Roh itu bermohon kepada Allah bagi umat-Nya, sesuai dengan kehendak Allah” (Roma 8:26-27). Roh Kudus sedang berdoa untuk anda pada hari ini.

Tambahan lagi, “Kristus Yesus membela kita! Dialah yang sudah mati, bahkan sudah dibangkitkan daripada kematian dan berada di sebelah kanan Allah” (ayat 34). Tuhan Yesus Kristus yang hidup sedang berdoa untuk anda pada hari ini.

Fikirkan perkara ini! Roh Kudus dan Tuhan Yesus Kristus menyebut nama anda dan keperluan anda kepada Tuhan Bapa, yang mendengar dan bertindak bagi pihak anda.

Tidak kira di mana yang anda berada atau betapa mengelirukan keadaan anda, kehidupan ini tidak ditangani bersendirian. Roh Kudus dan Anak sedang berdoa untuk anda pada hari ini!