Ketika Fernando Ortega mempersembahkan nyanyian pujian “Just As I Am,” (Meskipun Aku Tak Layak), suara Billy Graham boleh kedengaran secara perlahan dalam latar belakang lagu tersebut. Dr. Graham sedang mengenang suatu masa apabila dia pernah menghidapi sejenis penyakit yang membuat dia berfikir bahawa dia akan meninggal tidak lama lagi. Ketika dia mengimbas kembali masa lalunya, dia sedar bahawa dia seorang yang sangat berdosa dan dia selalu memerlukan pengampunan Tuhan setiap hari.

Billy Graham menghentikan tanggapan bahawa kita baik-baik sahaja tanpa Tuhan. Kita boleh berasa baik tentang diri kita, tetapi keyakinan itu harus datang daripada pengetahuan bahawa kita adalah anak-anak Tuhan yang sangat dikasihi (Yohanes 3:16), itu bukan kerana kita adalah anak-anak yang sangat baik (Roma 7:18).

Langkah pertama untuk menjadi seorang yang benar-benar “baik” sebagai pengikut Kristus adalah berhenti berpura-pura bahawa kita baik dan mohonlah kepada Tuhan untuk menjadikan kita orang yang sebaik-baiknya. Kita akan gagal banyak kali, namun Dia akan terus membuat kita bertumbuh dan mengubah kita. Tuhan adalah setia dan—dalam masa-Nya dan cara-Nya—Dia akan melakukannya.

Dalam tahun-tahun terakhirnya, penulis “Amazing Grace”, John Newton, menderita demensia dan mengesali kehilangan ingatannya. Namun dia menceritakan, “Saya masih ingat dua perkara: Saya seorang yang sangat berdosa, dan Yesus ialah Penyelamat yang luar biasa.” Apabila menyentuh tentang iman, hanya itulah perkara yang perlu diketahui.