Dalam zaman media kita, perunding imej sangat diperlukan. Penghibur, ahli sukan, ahli politik dan pemimpin perniagaan seolah-olah terdesak untuk menguruskan cara mereka dipandang oleh mata dunia. Penasihat yang mengenakan bayaran tinggi ini berfungsi untuk membentuk penampilan pelanggan mereka—walaupun kadang-kadang ada perbezaan yang amat ketara antara imej awam seseorang dengan wajah sebenarnya.
Pada hakikatnya, apa yang orang perlu—apa yang kita perlu—bukanlah mengubah rupa luaran tetapi mengalami perubahan dalaman. Kelemahan kita yang paling mendalam tidak boleh diperbetulkan dengan kosmetik. Kelemahan itu adalah berkaitan secara langsung dengan siapa kita di dalam hati dan minda, dan kelemahan itu mendedahkan betapa jauhnya kita telah jatuh daripada gambar Tuhan, gambar asal yang kita telah diciptakan. Tetapi perubahan itu adalah di luar keupayaan manusia.
Hanya Kristus menawarkan kita perubahan sebenar—bukan sahaja menegangkan kulit muka atau perawakan luaran. Paulus berkata bahawa orang yang telah dibangkitkan untuk hidup kekal di dalam Kristus “menjadi manusia baru yang sentiasa dibaharui oleh Penciptanya iaitu Allah, supaya menjadi seperti Dia. Dengan demikian kamu dapat mengenal Allah dengan sempurna” (Kolose 3:10).
Baru! Kata-kata harapan yang amat penting! Kristus mengubah kita menjadi orang baru dalam Dia—orang yang memiliki hati yang baru, bukan hanya dicantikkan untuk kelihatan baik dari luaran.
Baca: Kolose 3:1-11 Alkitab untuk Setahun: 1 Raja-Raja 8-9 ; Lukas 21:1-19
Sekarang kamu menjadi manusia baru yang sentiasa dibaharui oleh Penciptanya iaitu Allah, supaya menjadi seperti Dia. —Kolose 3:10
Apabila seseorang bersatu dengan Kristus,
orang itu menjadi manusia baru.
Yang lama sudah lenyap
dan yang baru bermula. —2 Korintus 5:17
Roh Kudus yang ada di dalam kita membina imej Kristus yang jelas.
Our Daily Bread Topics:
Pedoman Harian