Pada akhir persidangan di Nairobi, Kenya, kumpulan kami bertolak dari pusat persidangan ke sebuah rumah tamu untuk bersiap bagi penerbangan pulang pada keesokan hari. Ketika kami tiba, seorang wanita dalam kumpulan kami terlupakan bagasinya di pusat persidangan itu. Selepas dia kembali untuk mendapatkan bagasinya, ketua kumpulan kami (seorang yang amat teliti) mengkritiknya dengan kata-kata yang tajam di depan kami.
Keesokan harinya, apabila kami tiba di lapangan terbang, ketua kami terkejut untuk mendapati bahawa bagasi dan pasportnya telah tertinggal di rumah tamu. Kini kos perjalanan untuk kembali ke rumah tamu itu menjadi lebih mahal. Kemudian, dia memohon maaf dan berkata kepada kami, “Saya tidak akan mengkritik begitu keras lagi!”
Oleh sebab kita mempunyai kesilapan dan kelemahan, maka kita perlu saling bersabar dan mengampuni apabila berlakunya kesilapan (Kolose 3:13). Kritikan kita harus bersifat membina dan kita “harus berbelas kasihan, baik hati, rendah hati, lemah lembut, dan bersabar” (ayat 12).
Apabila pembetulan perlu diberikan, lakukanlah dengan kebaikan dan kasih. Dengan cara inilah kita mencontohi Tuhan kita—Yesus Kristus.