Semasa kebaktian minggu, saya ternampak seorang bayi beberapa baris di hadapan saya. Sementara bayi itu melihat ke belakang melalui bahu ayahnya, matanya dibesarkan sambil melihat jemaah-jemaah yang lain. Dia tersenyum lebar pada sesetengah orang, air liurnya meleleh dan dia menghisap jari-jarinya, tetapi nampaknya dia tidak dapat memasukkan ibu jari ke dalam mulutnya. Khutbah pastor semakin tidak kedengaran ketika mata saya terus kembali memerhatikan bayi yang comel itu.
Gangguan boleh datang daripada pelbagai bentuk dan saiz. Bagi Marta, gangguannya adalah dalam bentuk memasak dan pembersihan, kerana dia berusaha untuk melayani Kristus, bukannya mendengar Dia dan bercakap dengan-Nya. Maria enggan terjerumus. “Maria duduk dekat kaki Tuhan untuk mendengarkan ajaran-Nya” (Lukas 10:39). Ketika Marta bersungut-sungut kerana Maria tidak membantunya, Yesus berkata, “Maria sudah memilih perkara baik, yang tidak akan diambil daripadanya” (ayat 42).
Kata-kata Yesus memperingatkan kita bahawa hubungan kita dengan-Nya adalah lebih penting daripada apa-apa perkara baik yang mungkin mengganggu perhatian kita secara sementara. Dikatakan bahawa perkara baik adalah musuh kepada perkara hebat. Bagi pengikut-pengikut Yesus, perkara terpenting dalam hidup ini adalah mengenal Yesus dan berjalan bersama-Nya.