Pada tahun 2005, ketika Rosa Parks, seorang pejuang hak sivil di Amerika Syarikat meninggal dunia, Oprah Winfrey (seorang pengacara rancangan temu bual) berpendapat bahawa itu satu keistimewaan untuk memuji-muji dia. Oprah berkata tentang Rosa yang enggan memberikan tempat duduknya kepada seorang penumpang berkulit putih di dalam sebuah bas pada tahun 1955, “Saya sering memikirkan apa yang mendorong Rosa berbuat demikian, sedangkan ketegangan pada waktu itu dan apa-apa yang mungkin berlaku pada diri anda. Anda bertindak tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri dan telah membuatkan kehidupan kami masa kini terasa lebih adil.”
Kita sering menggunakan “kata sanjungan” (eulogy) untuk merujuk kepada kata-kata yang diucapkan semasa upacara pengebumian. Namun, ia juga boleh merujuk kepada keadaan lain yang kita memberikan pujian tertinggi kepada seseorang. Dalam pendahuluan surat Paulus kepada jemaah di Efesus, dia memuji-muji Tuhan yang hidup. Ketika dia berkata “Terpujilah Allah dan Bapa,” perkataan “terpujilah” bermaksud “menyanjung.” Paulus menjemput jemaah Efesus turut memuji Tuhan kerana segala berkat rohani yang diberikan-Nya: Tuhan telah memilih dan menerima mereka sebagai anak-Nya; Yesus telah menebus, mengampuni, dan menyatakan berita baik yang kelihatan suatu misteri bagi mereka; dan Roh Kudus menjamin dan memeteraikan mereka. Penyelamatan yang agung ini semata-mata merupakan pekerjaan dan rahmat Tuhan.
Marilah kita terus tertumpu kepada berkat rohani daripada Tuhan di dalam Kristus. Apabila kita melakukannya seperti Paulus, kita akan mendapati bahawa hati kita penuh dengan puji-pujian yang meng-isytiharkan: “Marilah kita memuji kemuliaan-Nya.”