Setelah berkhidmat sebagai seorang askar dalam Perang Dunia I, tekanan-tekanan dalam ketenteraan bukan perkara asing lagi bagi C. S. Lewis. Dalam ucapannya semasa Perang Dunia II, dengan fasih dia menerangkan kesusahan-kesusahan yang dihadapi oleh seorang askar: “Segala macam kesusahan yang kita takuti … boleh dilihat dalam kehidupan seorang askar yang aktif berkhidmat. Seperti penyakit, ia memberi ancaman kesakitan dan kematian. Seperti kemiskinan, ia membawa ancaman dalam tempat tinggal, cuaca sejuk atau panas, kehausan, dan kelaparan. Seperti perhambaan, yang mengenakan kerja paksa kepada kita, penghinaan, ketidakadilan, dan pemerintahan diktator. Seperti pembuangan negeri, yang memisahkan kita daripada semua orang yang kita sayangi.
Rasul Paulus menggunakan analogi tentang kesusahan yang harus ditanggung oleh askar untuk menjelaskan ujian-ujian yang mungkin akan dialami oleh seorang pengikut Kristus dalam melayani Kristus. Ketika menjelang kematian, Paulus telah menanggung penderitaan dengan setia demi injil. Dia menggalakkan Timotius berbuat demikian: “Engkau juga harus turut menderita sebagai askar Kristus Yesus yang setia” (2 Timotius 2:3).
Melayani Kristus memerlukan ketabahan. Mungkin kita akan menghadapi halangan-halangan seperti penyakit, hubungan yang bermasalah, atau keadaan-keadaan yang sukar. Namun, sebagai seorang askar yang baik, kita terus mara—disertai kekuatan Tuhan—kerana kita melayani Raja segala raja, Tuhan segala tuhan yang telah mengorbankan diri-Nya bagi kita!
Kongsikan doa ini dengan sahabat-sahabat anda dari laman Facebook kami: http://goo.gl/FFCb71