Suatu hari dalam setiap tahun saya akan pergi berjumpa dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan. Walaupun saya berasa sihat dan tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan, saya tahu bahawa pemeriksaan rutin itu penting kerana doktor boleh mengesan penyakit yang tidak diketahui. Malah jika ia dibiarkan, ia akan menjadi penyakit yang serius. Saya tahu sekiranya saya membenarkan doktor mengesan apa-apa penyakit yang tidak diketahui itu dan mengubatinya, ia akan menjamin kesihatan saya untuk masa yang lama.

Begitu juga yang dirasakan oleh pemazmur secara rohani. Dia memohon Tuhan menyelidiki dosa-dosanya yang tersembunyi, dengan berdoa, “Selidikilah aku, ya Allah, … Periksalah hatiku sama ada terdapat kejahatan dalam diriku, dan pimpinlah aku ke jalan yang abadi (Mazmur 139:23-24). Pemazmur merenung sejenak untuk memberikan peluang kepada Tuhan agar Dia menyelidiki hatinya, kemudian dia sedar dan berserah kepada kehendak Tuhan yang benar untuk mengekalkan kesihatan rohaninya.

Oleh itu, walaupun anda berasa baik-baik sahaja, inilah masanya anda perlu diperiksa dan diselidiki! Hanya Tuhan yang mengetahui keadaan sebenar hati kita, dan hanya Dia yang boleh mengampuni, menyembuhkan dan memimpin kita kepada kehidupan yang suci dan masa depan yang berhasil.